Dilekat Pada Dinding Kerana Memandu Tanpa Memakai Tali Pinggang

Tidak memakai tali pinggang keledar semasa memandu adalah salah disisi undang-undang di semua negara dan individu yang melanggar peraturan itu akan didenda atau disaman dengan pihak berkuasa.

Namun, terdapat sebuah syarikat di China yang mengunakan cara sedikit berbeza dari saman untuk menghukum dan mengajar individu yang melanggar peraturan itu supaya tidak mengulangi kesalahan yang sama.

Pada hari Rabu lepas, beberapa gambar telah tersebar di media sosial terkenal China, Weibo menunjukkan seorang wanita telah dilekatkan ke dinding mengunakan pita bahaya berwarna hitam dan kuning di satu pejabat.

Yang kelakarnya, rakan sekerja wanita itu tidak mengendahkan dia yang terlekat di dinding, mereka malah terus melakukan tugas harian mereka dipejabat seperti biasa.

Wanita itu diberi hukuman seperti itu kerana dia dikatakan tidak memakai tali pinggang ketika memandu ke pejabat. Hukuman melekatkan pekerja yang melanggar peraturan itu telah dilakukan oleh syarikat yang namanya masih tidak diketahui sejak dari bulan April 2017 lagi.

Gambar wanita malang itu telah dimuat naik bersama caption, “Lihat betapa kesiannya kawan pejabat saya, bos dapat tahu yang dia tidak memakai tali pinggang semasa memandu.”

Selain mempumyai peraturan mengenai pemakaian tali pinggang ketika memandu, syarikat itu juga telah menetapkan beberapa peraturan lain kepada pekerjanya seperti pekerja wanita dibenarkan untuk mengabil cuti sakit ketika datang bulan. Pekerja lelaki juga boleh cuti jika teman wanita mereka datang bulan.

Selain itu, peraturan lain adalah berkenaan waktu bekerja iaitu 11:00 pagi sehingga 5:00 petang. Sesiapa yang datang lewat atau pulang lewat perlu merangkak keluar daripada pejabat.

Melihat “hukuman’ ini, agak sukar untuk dipercayai yang peraturan seperti ini adalah satu garis panduan sah yang ditetapkan oleh sebuah syarikat kerana ia kelihatan seperti satu ‘prank’ yang pekerja atau bos reka supaya persekitaran di pejabat lebih meria dan ceria. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *