‘Drop Test’ Uji Kekuatan Lapisan Kaca iPhone 8 dan Galaxy Note 8

Seperti yang kita semua ketahui, Apple telah memperkenalkan model iPhone terbaru iaitu iPhone 8 dengan lapisan kaca di bahagian belakang telefon pintar itu.  Namun, itu bukanlah rekaan pertama Apple kerana sebelum ini, Apple pernah mengeluarkan lapisan kaca seperti itu pada iPhone 4 mereka pada tahun 2010.

Namun, yang menjadi persoalan kini adalah adakah kaca yang menyaluti bahagian belakang iPhone 8 yang dikatakan paling terkuat itu cukup kuat dan selamat dari sebarang kerosakan apabila ia terjatuh.

Oleh sebab pesaing terdekat Apple, Samsung juga telah mengeluarkan model terbaru Galaxy Note 8 mereka yang bahagian belakang telefon pintar itu juga dilapisi dengan lapisan kaca berkilat.

Satu akaun Youtube bernama PhoneBuff telah menjalankan satu eksperimen yang dinamakan sebagai ‘iPhone 8 vs Note 8 Drop Test’ untuk melihat telefon pintar manakah yang mempunyai lapisan kaca yang lebih kuat.

Eksperimen akan dilakukan mengunakan iPhone 8 dan Note 8 dengan cara menjatuhkan kedua telefon itu dari bahagian hadapan, tepi dan juga belakang di tempat serta ketinggian yang sama. Tetapi, di dalam video itu, mereka tidak menyatakan berapa ketinggian yang digunakan untuk eksperimen itu.

Pada eksperimen pertama, iaitu jatuh dari belakang, hasilnya menunjukkan kedua-dua telefon pintar masih boleh berfungsi seperti biasa tetapi kaca dibahagian belakang kedua telefon mengalami keretakkan.

Manakala, untuk eksperimen dari arah tepi pula, kedua-dua telefon itu juga mampu menahan kesan jatuhan itu dengan mengalami hanya sedikit kerosakkan pada bahagian lengkungan tepi.

Eksperimen ketiga adalah jatuh daripada arah depan dan hasilnya juga tidak seteruk yang dibayangkan ‘touch screen’ kedua-dua telefon masih lagi boleh digunakan dan berfungsi. Namun, keretakkan yang dialami oleh kedua telefon itu berbeza.

Untuk Galaxy Note 8, akibat hentakan daripada bahagain depan itu ia cuma mengalami keretakkan pada bahagian tepi-tepi depan telefon sahaja. Itu kerana lengkungan yang direka kepada telefon itu telah menyelaatkan skrinnya dari retak.

Sementara itu, untuk iPhone 8 pula, ia mengalami keretakkan kelihatan seperti ‘spider web’ jelas di bahagian kanan skrin telefon.

Ternyata kedua-dua telefon kuat dan masih boleh berfungsi meskipun skrin atau luarannya telah retak akibat terjatuh. Atau, Saksikan eksperimen itu dibawah. -utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *