Facebook Bakal Perkenal ‘Snooze Button’

Sepanjang 13 tahun kewujudan Facebook, ia telah memberikan kita semua pelbagai peluang yang luar biasa. Dimana kita boleh berhubung semula dengan orang yang sudah lama tidak ditemui, platform untuk mencari jodoh, serta yang pastinya medium untuk melihat profil ‘crush’ atau bekas kekasih kita.

Namun disebalik semua keindahan itu, Facebook juga boleh menjadi sangat menjengkelkan.  Ini kerana, setiap daripada kita pasti akan mempunyai seorang rakan di Facebook yang akan sentiasa ‘update’ apa sahaja yang mereka lakukan, dari gambar percutian mereka atau menu makan mereka setiap hari.

Disebabkan ‘posting’ yang tidak penting itu dilakukan setiap hari, itu sudah cukup untuk membuatkan kita berasa mahu ‘unfriend’ rakan itu tetapi itu mungkin akan membuatkan rasa kekok.

Namun kini anda tidak perlu bimbang lagi kerana Facebook bakal memberikan penyelesaian kepada masalah itu tanpa perlu membuatkan kita ‘unfriend’ rakan Facebook itu.

Menurut laporan Chronicle Bath, rangkaian media sosial gergasi itu kini sedang menguji ciri-ciri terbaru untuk Facebook, iaitu butang ‘snooze’ khas untuk mendiamkan orang gemar meng’update’ kehidupan harian mereka.

Mempunyai fungsi yang sama seperti WhatsApp, ciri itu membenarkan pengguna untuk ‘mute’ rakan, page, atau group untuk selama 24 jam, tujuh hari, 30 hari atau selama-lamanya.

Namun, Facebook masih belum mengesahkan jika ciri-ciri itu akan dilancarkan secara global atau tidak. Untuk ‘snooze’ rakan Facebook anda, apa yang perlu dilakukan hanyalah klik di bahagian kanan ‘post’ yang dilakukan oleh rakan itu, lalu pilih ‘option’.

Facebook menjelaskan yang mereka masih lagi menguji ciri baru untuk memberikan pengguna kawalan kepada News Feed mereka supaya mereka boleh terus berhubung dengan cerita yang mereka rasa berpatutan. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *