Facebook Dedah Cara WhatsApp Hasilkan Wang

Menurut laporan Wall Street, Facebook Inc. sedang bersiap sedia untuk membuat duit mengunakan perkhidmatan pesanan mesej popular WhatsApp, yang diperolehi syarikat itu pada tahun 2014 dengan harga US$22 bilion.

Reuters melaporkan yang WhatsApp akan menghasilkan wang melalui ciri-ciri perniagaanya.

WhatsApp mengatakan di dalam satu catatan blog pada 5 Sep lalu, aplikasi itu akan menguji ciri-ciri baru yang akan memudahkan seseorang berkomunikasi dengan perniagaan yang mereka mahu di platform itu.

Kami sedang bina dan menguji alat baru menerusi aplikasi ‘WhatsApp Business’ percuma untuk syarikat-syarikat kecil dan penyelesaian bagi syarikat yang beroperasi secara besar-besaran yang mempunyai pelanggan global, seperti syarikat penerbangan, e-dagang dan bank.

Perniagaan akan dapat menggunakan platform itu untuk memberi notis seperti masa penerbangan, pengesahan penghantaran atau sebarang maklumat terbaru kepada pelanggan mereka.

Selain itu, mereka juga telah memulakan program perintis tertutup yang akan menunjukkan perniagaan itu telah disahkan oleh servis perkhidmatan mesej dengan menunjukkan ‘green badge’ di sebelah nombor perniagaan.

COO syarikat itu, Matt Idema memberitahu Journal di dalam satu temubual, “Kami berhasrat untuk membuat perkhidmatan berbayar pada masa akan datang.”

Namun, Idema tidak memberi penjelasan lanjut mengenai ciri-ciri pembayaran atau bila mereka akan memulakan perkhidmatan itu kerana mereka masih tidak mempunyai maklumat mengenai penghasilan wang itu.

Sementara itu, WhatsApp telah ditubuhkan pada tahun 2009 dan kini telah berkembang dan mempunyai 1 bilion pengguna aktif setiap hari di seluruh dunia.  Sejak di ambil alih oleh Facebook tiga tahun lalu, Facebook tidak menumpukan perhatian kepada WhatsApp untuk pendapatan, selain daripada meletakkan iklan pada rangkaian media sosial sejak bulan Julai. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *