Gempa bumi berukuran 6.1 magnitud gegar Jepun

TOKYO: Gempa bumi berukuran 6.1 magnitud menggegarkan Kepulauan Bonin di Jepun, menurut Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami dikeluarkan.

USGS berkata, gempa itu mencatat kedalaman 450 kilometer pada jam 2.27 pagi waktu tempatan, kira-kira 770 kilometer di selatan Shimoda.

Sehubungan itu, Agensi Meteorologi Jepun berkata, gempa bumi berkenaan tidak menyebabkan ancaman tsunami. – AFP

Sumber – bharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *