Gerakan akui tak yakin tewaskan DAP di PRU14.

Negeri Pulau Pinang yang kini ditadbir oleh DAP dan Pakatan dianggap sebagai kubu kuat pembangkang selain dari Selangor dan Kelantan. Realitinya, DAP berjaya mentadbir negeri ini bukanlah kerana mereka kuat dan juga lebih baik dari Gerakan atau MCA, tetapi kerana kedua-dua komponen BN itu lemah.

Parti Gerakan dan MCA hilang kepercayaan dari pengundi-pengundi cina kerana ketidakmampuan mereka untuk menabur janji-janji kosong serta membuat kenyataan-kenyataan politik yang merugikan rakyat Pulau Pinang. Itulah punca kedua-dua parti berkenaan hilang sokongan dari pengundi-pengundi pada dua penggal yang lalu.

Namun pembohongan dan juga kenyataan politik yang ditabur oleh DAP selama 9 tahun memerintah negeri ini, suah membuatkan rakyat menjadi muak dan serik. Pastinya perlakuan jahat DAP yang diketuai oleh Lim Guan Eng akan dibalas oleh rakyat yang menjadi mangsa pada Pilihanraya umum akan datang.

Ketika ditanya mengenai hasrat Gerakan untuk menawan Pulau Pinang, Presiden Gerakan Mah Siew Keong mengakui negeri yang dikuasai kerusi tradisi pembangkang itu sukar untuk ditandingi. Namun dengan prestasi dan kerja kuat yang ditonjolkan parti itu, beliau yang juga Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi yakin mampu merampas beberapa kerusi di negeri berkenaan.

“Penggal lepas, sebanyak 45 kerusi DUN dan Parlimen ditandingi Gerakan dan di Pulau Pinang sahaja, parti ini turut mengambil bahagian di 13 kerusi DUN dan empat kerusi Parlimen.

“Senarai nama bagi calon pada PRU akan datang yang lebih 50 peratus muka baharu diketengahkan juga kita telah serahkan kepada pucuk pimpinan untuk membuat sebarang keputusan rasmi,” katanya.

Dalam pada itu, Gerakan juga bersedia untuk bertukar empat atau lima kerusi dengan parti komponen Barisan Nasional (BN) lain bagi memastikan kemenangan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang.

Beliau berkata, bagaimanapun tindakan itu masih di peringkat perbincangan dan keputusan akhir akan ditentukan Perdana Menteri yang juga Presiden BN Najib Razak.

“Buat masa ini, kita sedang berbincang dengan beberapa parti komponen BN untuk membuat pertukaran atau pinjaman empat atau lima kerusi yang sebelum ini ditandingi mereka.

“Kita belum menamakan kerusi tersebut, tetapi ianya membabitkan kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen di beberapa negeri termasuk Pulau Pinang,” katanya kepada pemberita.

Tambah Mah, bangkit daripada kelemahan PRU13, Gerakan telah bekerja keras dan mengaktifkan organisasi selain memperkukuh hubungan dengan parti komponen lain bagi memperkuatkan jentera BN secara keseluruhannya. – Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *