Giring Ganesha (Nidji) Kini Bergelar Ahli Politik

Vokalis kumpulan Nidji, Giring Ganesha telah bertukar kerjaya daripada seorang pemuzik kini bergelar kini ahli politik.

Sekaligus penyanyi berusia 34 tahun terpaksa meninggalkan sementara kumpulan yang selama membesarkan namanya di industri hiburan Indonesia.

Akui Giring, pada awalnya dia berat hati mahu meninggalkan Nidji namun selepas berbincang dengan anggota lain, akhirnya dia nekad dengan keputusannya.

“Sejujurnya berat untuk saya. Banyak kenangan yang akan saya rindukan di saat kami bersama. Saya harap mereka akan terus berjaya.

“Tapi ada satu perkara yang saya bayangkan yang mana ia akan jadi satu momen yang begitu bahagia. Misalnya setahun atau dua tahun lagi ketika saya di dalam kereta mendengar radio bersama anak-anak.

“Saya akan dengar single terbaru dari Nidji Electronic Version. Itu pasti buat saya menangis, terharu. gembira dan bangga,” katanya seperti yang dilaporkan Detik.com.

Untuk sementara waktu, Nidji akan meneruskan perjuangan muzik mereka dengan projek Nidji Electronic Version.

 

sumber : malaysiandigest

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *