Gladers Kembali Untuk Selamatkan Dunia Dalam Trailer Maze Runner: The Death Cure

Los Angeles – Penantian peminat The Maze Runner akhirnya sampai ke penghujungnya. Selepas menunggu telalu lama, trailer pertama filem Maze Runner 3 yang bertajuk Maze Runner: The Death Cure akhirnya telah dikeluarkan pada 24 September lalu.

Trailer berdurasi satu minit sembilan saat itu menunjukkan Thomas (Dylan O’Brien) kembali berusaha menyelamatkan dunia dengan mengetuai kawan-kawannya menentang musuh di Last City.

Bermula dengan adegan dari filem Maze Runner yang pertama dan kedua, kemudian Thomas, Newt dan anggota Gladers yang lain berdiri dihadapan kereta sambil memandang ke hadapan sambil mengatakan,

Tiga tahun kita habiskan berdiri di belakang dinding itu, cuba untuk keluar. Dan, sekarang kita akan menyusup masuk semula.

Trailer kemudian berubah menunjukkan cabaran yang dihadapi oleh Thomas dan kawan-kawannya seperti berlawan dengan tentera bersenjata di atas kereta api yang laju, dan cubaan mereka melarikan diri dari diserang dengan menaiki kontainer.

Sama seperti kedua-dua filem sebelum ini, Thomas sekali lagi berhadapan degan pelbagai persoalan dan keraguan di dalam The Death Cure dimana dia perlu memilih sama ada ingin menyelamatkan kawan-kawannya atau dunia.

Maze Runner: The Death Cure yang diadaptasi daripada novel bertajuk sama dijangka akan keluar di pawagam pada Januari 2018 selepas ditunda selama setahun kerana kecederaan yang dialami oleh Dylan O’Brien.

Selain Dylan, barisan pelakon-pelakon lain yang kembali untuk filem The Death Cure ini adalah Kaya Scodelario, Thomas Brodie-Sangster, Katherine McNamara, Nathalie Emmanuel, Rosa Salazar, Patricia Clarkson, Barry Pepper, Giancarlo Esposito, dan Walton Goggins. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *