Gula-Gula Getah dan Pelembab Bibir Boleh Menggemukkan?

Bentuk badan yang ideal dan sempurna sering menjadi masalah yang serius bagi wanita terutama sekali remaja.  Masalah berkaitan dengan bentuk badan ini boleh membuatkan seorang individu itu sanggup melakukan perkara yang ekstrem seperti menjadi aneroxia.

Aneroxia adalah satu ganguan jiwa yang membuatkan seorang individu itu menjadi obses untuk memiliki badan yang kurus dan takut untuk menjadi gemuk.

Individu yang menghidap anorexia akan menghadkan pengambilan makanan mereka menjadi sangat sedikit, mengambil ubat kurus, bersenam secara berlebihan, dan yang lebih teruknya adalah memuntahkan kembali makanan yang telah dimakan.

Seperti yang berlaku kepada Laura Bishop, 20 tahun. Sewaktu berusia 17 tahun,  Laura yang berasal daripada Albury, New South Wales mempunyai gangguan makanan dan tertekan mahu menjadi kurus.  Pada waktu itu dia tersangat obses mengira kalori sehingga dia mengelak memakan gula-gula getah dan memakai pelembab bibir.

Saya tidak akan makan gula-gula getah kerana makanan itu mengandungi dua kalori yang boleh menambah berat badan.  Saya juga tidak mahu mengunakan pelembab bibir kerana ia mengandungi kilojoules berminyak.  Saya fikir, bila saya tidak sengaja menyentuh bibir saya, minyak pada pelembab bibir itu akan meresap masuk ke dalam kulit dan menambah berat badan saya.

Ketakutannya berlanjutan sehingga dia tidak lagi memakan daging, roti, susu dan buah. Oleh sebab berat badannya menurun dengan cepat, Laura telah mengamalkan rutin itu, malah dia juga akan pergi ke gym pada jam 10 malam dan berlari di atas treadmill selama 2 jam.

Namun, rambutnya mula gugur, lebam seluruh badan, warna kulitnya bertukar menjadi kelabu, dan sakit kepala berlanjutan. Kekuatan ototnya juga telah berkurang.  Laura juga merasa susah berjalan dan tulang badannya menonjol keluar.

Selain itu, dunyutan nadi Laura juga berada ditahap sederhana dan dia juga tidak datang bulan. Keadaan Laura yang teruk itu berubah selepas kedua ibu bapanya melihat keadaan Laura. Mereka telah meminta Laura mencari bantuan pelatih profesional supaya boleh mengembalikan  badan Laura menjadi seperti dahulu.

Untuk mendapatkan kembali badannya, Laura telah mula memakan banyak lemak sihat, buah, dan sayur-sayuran.  Dia juga telah memakan banyak kacang pea, telur, ikan, daging, avakado, bijan dan yogurt dan kini, badan Laura lebih sihat, lebih bertenaga dan ceria. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *