Gumpalan rambut seberat satu kilogram dalam perut seorang wanita

Mumbai: Sebuah hospital di sini mengeluarkan gumpalan rambut seberat satu kilogram dalam perut seorang wanita, baru-baru ini.

Wanita berusia 20 tahun itu mengalami keadaan dikenali sebagai sindrom Rapunzel yang menyebabkan pesakit ketagih memakan rambut sendiri.

Ketika dibawa ke hospital wanita itu mempunyai berat badan hampir 30 kilogram dan mengadu sering muntah-muntah serta sakit perut.

Doktor di Hospital Besar V C Gandhi & M A Vora yang merawat wanita itu mengambil keputusan membuat pembedahan kecemasan selepas mendapati perut pesakit berkenaan dipenuhi rambut.

Seorang pakar bedah, Dr Bharat Kamath berkata, ketika pemeriksaan satu benjolan keras dikesan di bahagian atas perut wanita itu.

“Imbasan CT menunjukkan gumpalan rambut yang memenuhi ruang perut sehingga ke bahagian atas usus kecil.

“Kerana keadaan pesakit yang semakin lemah pembedahan dijalankan untuk mengeluarkan gumpalan rambut berkenaan,” katanya.

Menurutnya, wanita itu semakin sihat selepas pembedahan dan dibenarkan keluar dari hospital selepas beberapa hari dirawat.

“Ini adalah kes pertama di hospital ini tetapi beberapa kes terpencil juga direkodkan di seluruh dunia,” jelasnya. – Agensi
Arti

Sumber – hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *