Hubungan Ariz (Fourteen) Dan Zulin Aziz Renggang Gara-Gara Dikatakan Bercinta

Sebelum ini nama ahli kumpulan Forteen iaitu Ariz cukup sinonim dengan penyampai radio Suria FM, Zulin Aziz apabila hubungan mereka sangat akrab sehingga dikaitkan mempunyai hubungan cinta.

Bagaimanapun persahabatan Zulin dan Ariz itu bagaimanapun semakin menjauh apabila mereka jarang dilihat bersama seperti kebiasaan sebelum ini.

Ariz ketika ditemui mengakui akan hal itu dan mendedahkan faktor luar dan cubaan pihak tertentu melaga-lagakan mereka punca hubungannya dan Zulin menjadi renggang.

“Enam bulan juga persahabatan kami renggang dan situasi itu berlaku kerana pelbagai faktor termasuk ada pihak cuba melaga-lagakan kami.

“Siapa yang tidak marah apabila ada orang yang lakukan provokasi dan bercakap seperti kita tidak ada maruah diri!
“Tetapi saya malas hendak layan kena tidak suka ‘drama’ yang terjadi di sekeliling jadi lebih baik saya berdiam diri sahaja,” katanya kepada mStar Online.

Bagaimanapun kata Ariz atau Saiful Ridzuan Abdul Hamid, 28, dia tidak pernah bergaduh dengan Zulin cuma dia bertindak menjauhkan diri bagi mengelakkan masalah lain timbul.

“Walaupun sepanjang tempoh itu kami tidak bertegur sapa tetapi ia bukan bererti kami bergaduh cuma adat berkawan ada masanya kita rapat dan sebaliknya,” ujar Ariz.

Bagaimanapun kata Ariz, dia sedar tidak berbaloi untuk mengorbankan persahabatan yang terjalin sejak sekian lama hanya kerana ada pihak cuba melaga-lagakan mereka.

Malah Ariz memberitahu hubungannya dengan Zulin sudah pun kembali pulih seperti biasa dan lebih menghargai sahabatnya itu.

“Zulin seorang yang sensitif disebalik personalitinya yang lucu dan ramah manakala saya pula jenis hati keras.

“Tetapi disebalik itu jujur saya katakan Zulin adalah seorang insan yang baik, siapa yang rapat dengannya akan tahu sikapnya.

“Masa menyebabkan kami kembali berbaik. Apabila kita berjauhan rasa rindu itu akan hadir dan saya sering terfikir kenapa hendak bergaduh kerana orang lain?,” katanya.

sumber : mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *