Hugh Hefner pengasas majalah Playboy, meninggal dunia

PENGASAS majalah Playboy, Hugh Hefner, meninggal dunia di kediamannya di Playboy Mansion, Beverly Hills, hari ini, pada usia 91 tahun.

Hefner yang dilahirkan pada 9 April 9, 1926 di Chicago, Illinois, menjadi jutawan selepas menerbitkan Playboy sebagai majalah untuk lelaki pada 1953.

Akaun Twitter rasmi Playboy mengumumkan: “Ikon Amerika dan pengasas Playboy, Hugh M Hefner meninggal dunia hari ini. Beliau berusia 91 tahun. #RIPHef.”

Anak lelakinya, Cooper Hefner, yang juga Ketua Pegawai Kreatif Playboy Enterprises berkata: “Bapa saya akan dirindui ramai, termasuk isterinya Crystal, adik saya Christie, David dan Marston serta semua kami di Playboy Enterprises.”

Hefner berkahwin dengan rakan sekolahnya, Mildred Williams, pada 1949, yang kekal selama 10 tahun serta mempunyai dua anak, Christie dan David.

Pada Julai 1989, Hefner berkahwin dengan Kimberley Conrad, 27, iaitu model pilihan Playboy 1989 dan mereka mempunyai dua anak, Marston dan Cooper sebelum bercerai pada 2010.

Beliau kemudian berkahwin dengan isteri sekarang, Crystal, 31, pada 2012.

Hefner pernah bekerja sebagai timbalan pengurus dan penyunting dengan majalah Esquire, membuat keputusan dramatik memulakan majalahnya sendiri, Playboy, pada 1953, melangkau kebiasaan dengan paparan gambar wanita bogel dan separuh bogel.

Playboy mencapai edaran tertinggi pada 1972 iaitu tujuh juta naskhah, menjadi pendorong kemunculan majalah lain, termasuk Hustler dan Penthouse.

Antara selebriti terkenal yang pernah muncul dalam majalah Playboy ialah Marilyn Monroe, Shannen Doherty, Lindsay Lohan, Drew Barrymore, Farrah Fawcett, Madonna, Sharon Stone, Naomi Campbell, Carmen Electra, Kim Kardashian, Pamela Anderson, Kim Basinger, Bo Derek dan Cindy Crawford.

Hefner akan dikebumikan di Los Angeles bersebelahan kubur Marilyn Monroe (wanita pertama muncul dalam Playboy) yang dibeli pada 1992 dengan harga AS$75,000.

Sumber – hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *