Ibu boleh buat nugget nasi jika anak tak gemar makan nasi

Banyak resipi viral yang dikongsikan di laman sosial pada masa ini. Antara yang menarik perhatian termasuklah nugget nasi.

Apa yang menariknya, ia memang menggunakan nasi yang dikepal bersama isi ayam cintang. Sesuai untuk anak-anak yang tak gemar makan nasi.

Pasti mereka menyukainya. Tak perlu lagi beli nugget di luar sana! Jom cuba!

Bahan-bahan:

Nasi panas (baru masak)
Ayam cincang (mentah)
Serbuk perasa
Garam

Cara-caranya:

1. Gaulkan semua bahan di atas.

2. Lenyek dan kemudian kepal-kepal sehingga membentuk seperti nugget. Tekan bagi leper.

3. Celup ke dalam telur. Kemudian salutkan dengan breadcrump.

4. Anda boleh sejukbekukan ia. Memang tahan lama.

5. Goreng bila anda teringin menikmatinya.

Sumber – CARI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *