Ibu Ugut Bawa Anak Terjun Bangunan

Penduduk di satu kawasan perumahan di Beijing telah menjadi saksi kepada satu kejadian ngeri apabila seorang wanita histeria mengugut ingin terjun daripada bangunan apartment itu bersama anak perempuannya.  Wanita itu bertindak sebegitu disebabkan oleh suaminya telah curang.

Video di tempat kejadian menunjukkan ibu bersama seorang kanak-kanak perempuan sedang berdiri di atas tebing sempit tingkap luar apartment kediaman mereka.  Kanak-kanak perempuan itu dilihat memeluk erat ibunya, sambil menangis dan merayu, “Mama, saya tidak mahu!”

Sementara itu, di tingkat bawah, suami wanita itu dilihat sedang melutut sambil meminta bomba dan pegawai polis supaya bertindak dengan lebih pantas.  Menurut saksi kejadian, lelaki itu mempunyai hubungan sulit dan perbuatannya itu telah diketahui oleh isterinya.  Lebih mengerikan, lelaki itu juga dikatakan tidak bekerja.

Di dalam video itu, wanita itu dengan kuatnya telah menyuarakan rasa tidak puas hati kepada suaminya, menyoal kenapa suaminya tidak pulang ke rumah dan menuduh suaminya tinggal bersama kekasih baru dia dan mengabaikan keluarganya.

Apa yang awak ada yang saya boleh dapat?

Awak mahu wang, awak tiada wang. Awak mahu kereta, awak tiada kereta. Awak mahu rumah, awak tiada rumah. Awak tidak boleh bagi saya apa-apa pun.  Satu perkara yang saya mahu adalah awak beri saya anak dan keluarga yang bahagia.

Sementara itu, seorang pegawai polis telah merayu kepada wanita itu supaya memberi suaminya peluang kedua, dengan mengatakan yang dia tahu suami wanita itu bersalah, mengatakan yang suami wanita itu telah melutut sepanjang tiga jam dengan rasa malu.

Akhirnya, wanita itu mula dengar alasan polis dan menjadi letih.  Pegawai polis lain telah melompat dari tingkap berhampiran dan berjaya menolak wanita itu bersama anaknya masuk ke dalam apartment mereka dengan bantuan penyelamat yang lain. –utaranews.com

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *