iPhone 8 Telah Mula Dijual Sebulan Yang Lepas?

Seperti yang kita semua ketahui beberapa hari yang lepas, Apple telah memperkenal dan melancarkan model terbaru iPhone 8 mereka yang telah membuatkan pencinta iPhone menjadi tidak tentu arah mahu mendapatkan telefon pintar yang serba canggih itu.

Menurut laman rasmi Apple, pre-order untuk iPhone 8, iPhone 8 Plus, dan iPhone X hanya akan bermula pada 15 September ini tetapi sangat mengejutkan apabila beberapa kedai di Shenzhen, China dilaporkan telah menjual iPhone 8 itu sejak beberapa bulan yang lalu, iaitu sebelum majlis perlancaran dilakukan. Malah, kedai itu juga dikatakan telah membuat penghantaran iPhone 8 itu di seluruh dunia.

Namun, seperti yang kita semua ketahui, walaupun kelihatan tersangatlah serupa, iPhone 8 yang dijual di China itu adalah ‘knock-off’ atau tiruan.  Pembungkusan iPhone itu juga kelihatan sangat ‘real’ dan ‘home button’ juga telah dibuang supaya dapat mengaburi mata mereka yang ‘buta’.

Masih ingat khabar angin yang tersebar mengenai spekulasi reka bentuk iPhone 8 yang menjadi buah mulut satu ketika dahulu? Ya! Pengeluar iPhone palsu itu secara terang-terangannya telah menggunakan spekulasi itu untuk mencipta model iPhone 8 mereka sendiri dan disebabkan itu, iPhone 8 palsu itu mempunyai kamera menegak.

Selain itu, untuk membuatkan iPhone palsu itu kelihatan seperti yang original mereka juga telah menghasilkan beberapa pilihan warna seperti bronze (rose gold dupe).  Namun, iPhone 8 yang original datang hanya dengan warna space gray, silver dan blush gold, bukannya bronze.

iPhone 8 tiruan itu juga telah menjalankan perisian Android versi lama yang kelihatan sangat sama seperti iOS 11, tetapi mempunyai prestasi yang buruk. Untuk mendapatkan iPhone 8 tiruan, anda tidak perlu menjual buah pinggang anda kerana ia hanya dijual dengan harga 800 yuan (RM500) sahaja, berbanding dengan harga sebenar iPhone 8 yang mencecah sehingga RM4,200.

Sejujurnya, ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana China memang terkenal dengan produk tiruan. Meraka malah telah membuat Samsung Galaxy 8 tiruan yang lengkap dengan paparan Infinity.–utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *