Jepun kutuk keras pelancaran peluru berpandu balistik Korea Utara

TOKYO: Jepun mengutuk keras pelancaran peluru berpandu balistik Korea Utara yang menghala ke arah negara itu dengan menganggap ia provokasi terbaru melampau Pyongyang.

Ketua Setiausaha Kabinet Jepun, Yoshihide Suga, berkata peluru berpandu itu dilancarkan pada jam 6.57 pagi waktu tempatan, terbang melalui ruang udara Hokkaido dan jatuh kira-kira 2,000 kilometer di timur arah berhampiran Pulau Cape Erimo.

Suga berkata, Jepun membantah keras pelancaran terbaru itu dan bakal mengambil langkah sesuai dan tepat pada masanya di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Pada masa sama, Jepun mengekalkan hubungan rapat dengan Amerika Syarikat dan Korea Selatan dalam berdepan provokasi baharu itu. – Reuters

Sumber – bharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *