Jualan Pembukaan iPhone 8 dan iPhone 8 Plus Tiada Sambutan?

Telefon pintar terbaru keluaran Apple iaitu iPhone 8 dan iPhone 8 Plus secara rasminya telah mula dijual di China pada hari Jumaat lepas gagal mendapat sambutan dari netizen di China.

Jika sebelum ini setiap kali Apple mengeluarkan telefon pintar ikonik mereka itu pasti ramai orang akan tertarik, menimbulkan keghariahan mereka untuk menjadi orang terawal beli model terbaru iPhone itu, tetapi kali ini, untuk iPhone 8 dan iPhone 8 Plus tiada sambutan seperti itu.

Menurut Shanghaiist, seramai 30 sehingga 40 orang pengawal keselamatan dilaporkan telah tiba seawal jam 6 pagi di kedai Apple, West Lake, Hangzhou, China untuk menyiapkan pagar untuk memastikan segala-galanya berjalan dengan teratur apabila waktu ‘emas’ yang paling dinanti-nantikan itu bermula.

Tetapi, tepat pada jam 8 pagi pada hari Jumaat sebaik sahaja pintu Apple dibuka, hanya terdapat dua orang netizen sahaja yang beratur untuk mendapatkan model terbaru iPhone itu. 45 minit kemudian, pengawal keselamatan itu terpaksa menurunkan semula pagar yang mereka telah siapkan sejam yang kepas kerana sambutan yang tidak memberangsangkan.

Manakala, di lokasi Apple yang lain, pekerja melaporkan yang mereka telah dikunjungi dengan tersangat ramai pelanggan sejak awal lagi.

Pengguna media sosial China, Weibo telah membuat spekulasi dengan mengatakan yang mungkin netizen di China masih menunggu ketibaan iPhone X pada bulan November ini.  Atau, mungkin disebabkan oleh netizen China yang lebih gemar membeli secara dalam talian dan menunggu barang mereka tiba di depan pintu rumah sahaja.

Reaksi dingin yang diberikan oleh netizen di China mungkin membimbangkan Apple, yang sangat memerlukan kejayaan untuk keluaran terbaru mereka itu selepas jualan mereka menurun di China. Sebelum iPhone 8 dilancarkan, terdapat netizen di China bimbang mengenai harga iPhone 8 yang terlalu mahal.

Selain itu, baru-baru ini juga, Apple telah dikalahkan dengan pembuat telefon pintar domestik yang menjual telefon mereka pada harga yang lebih rendah.  Tahun ini, Apple telah turun ke tangga ke-5 pasaran telefon pintar di China, belakang Huawei, Oppo, Vivo dan Xiomi. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *