‘Kalau takde diabetes pun, bersenam lah’ – Doktor

Mana ada magik yang boleh hilangkan diabetes dengan duduk goyang kaki! Paling tidak, anda perlu keluarkan peluh.
Tetapi kalau nak tahu lebih jauh tentang diabetes, baca perkongsian doktor Khairul Faizie Mohammad Kamar ini.

Boleh dikatakan setiap hari bila bekerja, aku jumpa pesakit diabetes, pesakit darah tinggi. Dua penyakit gaya hidup ni, bagi aku, paling mudah dikawal ialah darah tinggi. Untuk darah tinggi, makan ubat + jaga masin, selalunya BP cantik je terkawal.

Tapi lain cerita pula kalau diabetes. Ramai pesakit diabetes yg jadi fed up, jaga makan dah, makan ubat sebeban… tapi kawalan gula masih teruk. HbA1C ke laut. Komplikasi buah pinggang makin menjadi kenyataan, tak dilupakan komplikasi saraf, mata, jantung, etc.

Di mana silapnya?

Dah sampai cucuk insulin, pun poor sugar control?

Sebab tak lawan INSULIN RESISTANCE.

Mahu tak mahu, pesakit Diabetes kena lawan Insulin Resistance ( IR ). IR ni la punca asal kepada penyakit diabetes, dan juga penyakit penyakit lain seperti sakit jantung.

Apa itu IR?
Secara mudahnya, organ pankreas kita keluarkan hormon insulin, yg guna nya utk membakar gula yg kita makan. Semua makanan, baik yg rasa manis, ataupun tak manis, pengakhirannya akan jadi glucose, iaitu bentuk asas gula yg badan kita akan gunakan. Nak guna glucose ini, perlukan insulin.

Bila insulin dah jadi tak effektif, tak bekerja sepatutnya, kita panggil ia IR. Bila ada IR, maka glucose dlm badan makin lama makin tinggi, last last jadilah diabetes.

Kenapa jadi IR?

Banyak faktor.
Keturunan, obesiti, gaya hidup malas bersenam, kuat makan kurang bergerak… antara faktor.

So, macam mana nak lawan IR?

REGULAR AEROBIC EXERCISE.

Bersenam yg burn calorie secara regular.

Jogging, brisk walking, cycling, hiking, swimming… apa aja lah….buat berterusan at least 15-20 min, at least 3 kali seminggu.

Aku buat eksperimen kepada patient2 aku yg aku tazkirah kan pasal Aerobic Exercise fight Insulin Resistance. Mereka ini yg dulu nya fed up gula asyik poor control, puas jaga makan, buang duit beli produk itu ini yg menjanjikan bulan dan bintang….lepas cuba bersenam secara berkala… dalam tempoh sebulan je, gula jadi cantik. Bukan setakat gula, control HbA1C pun tip top. Oh ya, anda yg ada diabetes pun mahu tak mahu kena faham pasal HbA1C.

Oleh itu, bersenam lah.

Kalau takde diabetes pun, bersenam lah.

Kalau takde familiy history diabetes pun, bersenam lah.

Lepas makan banyak di hari raya haji ni, lagi lah wajib bersenam.

Sumber – Mingguanwanita

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *