Keistimewaan Wanita Yang Mengandung di dalam Islam

Salah satu keistimewaan menjadi seorang wanita adalah mempunyai rahim yang membolehkan wanita untuk merasai pengalaman mengandung dan melahirkan anak.  Meskipun sukar, tetapi wanita yang mengandung akan mendapat pahala daripada Allah SWT kerana memberikan sepenuh perhatian untuk menjaga kandungan mereka.

Dalam beberapa hadis dan ayat di dalam Al-Quran juga mengatakan yang wanita mengandung itu sangat dimuliakan dan wanita yang mengandung juga akan mendapat lebih banyak pahala berbanding wanita yang tidak mengadung.

Sabda Rasulullah SAW,

’Tahukah kalian, siapa orang yang mati syahid di kalangan umatku?’ Beliau menjawab, orang yang mati syahid di kalangan umatku cuma sedikit. Orang yang mati berjihad di jalan Allah, syahid. Orang yang mati karena Tha’un, syahid. Orang yang mati tenggelam, syahid. Orang yang mati kerana sakit perut, syahid.  Dan, wanita yang mati kerana nifas, dia akan ditarik oleh anaknya menuju syurga dengan tali pusatnya.” (HR. Ahmad: 15998).

Selain itu, Rasulullah SAW juga bersabda yang wanita subur adalah pilihan yang terbaik kerana mereka boleh memberikan keturunan.  Dari Ma’aqil bin Yasar radhiyallahu’anhu, pernah ada orang berjumpa dengan Rasulullah SAW dan menyampaikan keinginannya,

“Saya mencintai seorang wanita cantik dan dari keluarga terhormat.  Namun dia mandul. Bolehkah saya berkahwin dengannya?”

Maka, Rasulullah SAW menjawab, “Jangan”.

Kemudian, orang yang sama datang berjumpa Rasulullah SAW buat kali kedua, menyampaikan perkara yang sama dan Rasulullah SAW tetap memberi jawapan yang sama. Sehinggalah pada kali ketiga, Rasulullah SAW bersabda,

“Berkahwinlah dengan wanita yang penyayang dan subur kerena aku membanggakan banyaknya jumlah kalian kepada seluruh umat”. (HR. Abu Daud 2050, Nasai 3227).

–utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *