Kemampuan Mahathir ‘tahan kencing’ jadi inspirasi dalam Pakatan.

Mahathir ketika menjadi Perdana Menteri dahulu, bukan sahaja digelar sebagai diktator, tetapi beliau juga dianggap sebagai Mahafiraun oleh puak-puak pembangkang. Semuanya kerana sikap Mahathir yang mengamalkan politik ‘kuku besi’ didalam pemerintahannya.

Tapi berbeza pula dengan masa sekarang. Mahathir kini dianggap seumpama ‘dewa’ didalam Pakatan hanya kerana mahu membantu pembangkang merampas Putrajaya. Semua ‘dosa-dosa’ Mahathir telah dijilat habis oleh pemimpin-pemimpin Pakatan yang gilakan kuasa.

Kini Mahathir dianggap sebagai manusia suci yang berjuang demi negara, walhal beliau diketahui ramai hanya berjuang untuk menaikkan karier politik anaknya Mukhriz sahaja. Mahathir dianggap pemimpin hebat hinggakan kebolehannya menahan kencing juga diambil kira.

Fahmi Fadzil yang merupakan Pengarah komunikasi PKR berkata dirinya sangat mengagumi Mahathir. Beliau terkejut bila Dr Mahathir terbuka menerima nasihat pemimpin pembangkang lain dalam mesyuarat Pakatan Harapan (PH).

“Tanggapan saya terhadapnya ialah seorang tokoh autoritarian dan ‘hanya pandangannya saja diterima’,” katanya yang terbabit dalam politik ketika gerakan Reformasi 1998 selepas timbalan perdana menteri pada masa itu, Anwar Ibrahim dipecat oleh Dr Mahathir.

“Namun bila beliau dalam PH, menarik untuk melihat beliau mahu pemimpin menyuarakan pandangan mereka, seperti dalam mesyuarat logo PH baru-baru ini,” katanya.

“Bagi saya, saya sudah lihat Dr Mahathir dalam mesyuarat PH walaupun anda kata beliau sudah tua, tetapi tenaga beliau, dari 8 malam hingga 12 tengah malam masih boleh teruskan mesyuarat, beliau orang terakhir ke tandas, beliau ada tenaga itu,” katanya lagi.

Ketua Armada PPBM, Syed Saddiq Abdul Rahman pula mendakwa, bekas perdana menteri itu bukanlah diktator seperti tanggapan ramai orang. Beliau menjelaskan Dr Mahathir kini banyak memberi sokongan terhadap perubahan dan mahu mendengar semua pandangan sebelum keputusan dibuat terhadap sesuatu isu.

“Pertama ialah perubahan sokongannya terhadap Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej (AUKU) yang melarang penyertaan pelajar dalam politik. Tiga kali beliau cakap tidak lagi menyokongnya di depan umum.

“Kedua beliau umum sokongannya dalam membahagikan portfolio menteri, seperti perdana menteri dan menteri kewangan untuk memastikan tidak berlaku pertindihan dan ketelusan yang lebih baik.

“Beliau juga satu-satunya pemimpin yang menyokong cadangan belia, seperti mengehadkan tempoh menteri kepada dua penggal,” kata Syed Saddiq, ketua Pemuda Bersatu. – Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *