Kembar doktor Veterinar tarik perhatian para gadis

Tengok sana kacak, tengok sini kacak. Amboi, mungkin sebab itu jugalah kembar seiras ini mendapat perhatian baru-baru ini.

Muhammad Hazman Mustaffer dan Muhammad Hazmi Mustaffer bukan sahaja digilai para gadis disebabkan paras wajahnya, tapi disebabkan otak mereka yang bijak!

Berasal dari Alor Star, Kedah, mereka berdua sekarang ini sedang menyambung pengajian dalam bidang Doktor Perubatan Veterinar di Universiti Putra Malaysia (UPM).

Bakal bergelar doktor veterinar kelak, ramai cakap dah jatuh hati bila tengok si kembar ini. Cliche sangat kan?

Digelar “Handsome with Brain”, Hazman dan Hazmi baru berusia 19 tahun dan difahamkan ahli keluarganya juga ramai yang menyambung pengajaian di universiti yang sama.

Menurut sumebr, kedua-duanya mempunyai minat dan hobi yang sama sejak kecil lagi.

Tak hairanlah kalau mereka memilih bidang pengajian yang sama.

Apa pun, semoga berjaya menamatkan pengajian dan yang penting fokus dalam pelajaran. Gunakan kelbihan yang ada pada diri ke arah kebaikan ya.

Jangan pula ada sesiapa yang sengaja buat haiwan peliharaan sakit nanti semata-mata nak berjumpa dengan doktor kacak ini okay?

Sumber – CARI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *