Kemunculan Semula Angelina Jolie di dalam Maleficent 2

Kali terakhir Angelina Jolie muncul di layar lebar adalah dua tahun yang lalu dan kini sudah sampai masanya untuk bintang terkenal Hollywood itu untuk kembali semula.

Selepas memilih bekerja di belakang takbir sebagai produser dan pengarah selama beberapa tahun ini, pelakon berusia 42 tahun itu telah mengesahkan yang dia akan kembali semula ke dalam dunia lakonan, mengembalikan wataknya sebagai salah seorang penjahat Disney yang paling terkenal, di dalam filem sekuel Maleficent.

Kini saya adalah pencari nafkah untuk keluarga, jadi sudah tiba masanya.  Kami telah bekerja untuk jalan ceritanya dan ini akan menjadi sekuel yang sangat kuat.

Dengan kemunculan ahli sihir bertanduk di dalam filem tahun 2014 itu, Maleficent telah mendaoat kejayaan besar dengan keuntungan sebanyak $750 juta di seluruh dunia.

Selain itu, filem Maleficent itu juga telah mempamerkan kemunculan awal lakonan anak perempuan bongsunya Vivianne yang muncul sebagai Aurora sewaktu muda.

Disebabkan oleh situasi keluarga dan untuk menjaga anak-anak, saya telah mengambil masa rehat selama satu tahun sekarang. Saya tidak sabar untuk berseronok dengannya.

Jolie menambah yang sementara anaknya menjadi keutamaan utamanya disepanjang masa-masa yang sukar, dia telah bersedia untuk tengelamkan dirinya dengan perhatian sekali lagi.

Sementara itu, penampilan terakhir Jolie adalah di dalam filem By the Sea pada tahun 2015, di mana dia sendiri telah menulis dan mengarahkan filem itu. Manakala, bekas suaminya, Brad Pitt adalah produser filem itu, sejurus selepas perkahwinan mereka. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *