Keseraman Pennywise Berjaya Pecahkan Rekod Box Office

Los Angeles – Filem IT telah berjaya mengakhiri ‘masa gelap’ carta box office Amerika Syarikat selepas beberapa minggu menurun berikutan penurunan pendapatan dan jumlah penonton. Filem seram yang diadaptasi daripada novel Stephen King itu telah berjaya menaikkan kembali semangat penonton untuk pergi ke panggung wayang.

Keseraman badut bernama Pennywise itu ternyata telah berjaya mendapatkan keuntungan sebanyak USD117.1 juta. Dan, Kedudukan filem itu di carta box office juga langsung tidak dapat dikejar oleh filem-filem lain kerana itu merupakan rekod keuntungan carta box offce yang paling tinggi bagi bulan September 2017.

Menurut laporan New York Times, keuntungan yang diperolehi oleh filem IT itu jauh melepasi ramalan penganalisis yang menjangkakan filem keluaran New Line itu hanya boleh mendapat USD70 juta.  Ini kerana, jumlah USD70 juta itu sendiri sudah dianggap tinggi selepas berjaya dipecahkan oleh Hotel Transylvania 2 (2015) dengan keuntungan USD50 juta.

Selain itu, filem IT juga telah meneruskan kejayaan filem seram keluaran New Line yang sebelum ini, iaitu Annabelle. Annabelle: Creation telah berjaya menduduki tangga teratas carta box office pada minggu pertama tayangannya.

Menurut produser IT, Dan Lin selain diambil daripada novel yang terkenal, daya penarik yang terdapat dalam filem IT sehingga berjaya menarik perhatian peminat adalah mesej yang terdapat di dalam filem itu.

Sebenarnya mesej di dalam filem itu adalah harapan.  Jika kita terus bersama dan bergantung kepada kekuatan, kesetiaan dan kebaikan antara satu sama lain, kita boleh menewaskan ketakutan kita dan juga syaitan di dalam dunia ini. Sama seperti kanak-kanak di dalam filem itu.

Sementara itu, berikut merupakan senarai 10 filem yang berjaya menduduki carta box office untuk minggu ini:

  1. IT – USD117.1 juta
  2. Home Again – USD9 juta
  3. The Hitman’s Bodyguard – USD4.8 juta
  4. Annabelle: Creation – USD4 juta
  5. Wind River – USD3.2 juta
  6. Leap! –USD2.5 juta
  7. Spider-Man: Homecoming –USD2 juta
  8. Dunkirk – USD1.9 jutaa
  9. Logan Lucky – USD1.8 juta
  10. The Emoji Movie – USD1 juta

-utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *