Khazanah akan teroka peluang pelaburan di Amerika Syarikat

KUALA LUMPUR: Pelaburan Khazanah Nasional Bhd di Amerika Syarikat (AS) selari dengan mandat cabang pelaburan strategik kerajaan itu untuk mewujudkan nilai jangka panjang bagi Malaysia, menerusi pelbagai sektor dan geografi.

Khazanah dalam satu kenyataan hari ini berkata setakat ini terdapat 15 pelaburan kira-kira AS$410 juta di Amerika Syarikat, terutama dalam sektor teknologi.

“Pelaburan kami di Amerika Syarikat mewakili 1.3% daripada nilai aset portfolio kami yang direalisasi sebanyak RM145.3 bilion pada 31 Disember 2016,” katanya.

Khazanah berkata ia mempraktikkan proses ketat atas penilaian cadangan pelaburan yang melibatkan pemerhatian terperinci dan pelbagai pintu pelaburan sebelum menyerahkannya kepada Lembaga Pengarah untuk dipertimbangkan dan diluluskan.

“Secara keseluruhannya, pewujudan nilai jangka panjang daripada portfolio pelaburan kami kekal mantap, dengan portfolio bersih diselaraskan dan meningkat sebanyak 3 kali ganda, atau meningkat pada kadar pertumbuhan tahunan sebanyak 9.3% setahun untuk Mei 2004 hingga 31 Disember, 2016,” katanya.

Pada masa depan, Khazanah berkata ia akan terus meneroka peluang pelaburan di Amerika Syarikat, dengan tumpuan khusus dalam sektor inovasi dan teknologi menerusi anak syarikatnya, Khazanah Americas Incorporated, yang diperbadankan pada 2013 di San Francisco.

Pejabat San Francisco merupakan pejabat luar ketiga Khazanah. Empat lagi di Beijing, Mumbai, Istanbul dan London.

 

Sumber – Freemalaysiatoday

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *