Lapan mayat Rohingya dijumpai terapung di Teluk Bengal

DHAKA – BANGLADESH. Sekurang-kurangnya lapan mayat Rohingya yang melarikan diri dari keganasan di Rakhine ditemui di Teluk Bengal dekat sempadan tenggara Bangladesh dengan Myanmar pada Rabu, lapor agensi berita China Xinhua.

Pegawai Balai Polis Teknaf Md Abdul Majid memberitahu Xinhua, mayat berkenaan dijumpai terapung di Teluk Bengal dekat Pulau Shah Porir di daerah Teknaf.

“Lapan mayat itu ditemukan pagi ini,” katanya.

Namun maklumat mengenai berapa jumlah bot yang terbalik dan bila kejadian berlaku tidak dapat dinyatakan. –Bernama

Sumber – sinarharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *