Perolehi RM25,800 Sebulan Hanya Dengan Menulis

Ketika kebanyakan orang buat menulis itu sebagai salah satu hobi mereka, seorang remaja berusia 19 tahun telah menukar hobi itu menjadi sumber pendapatannya. Tong Hao dari Wuhan, China telah menulis novel ‘online’ dan telah memperolehi pendapatan sebanyak 40 ribu yuan (RM25, 800) sebulan.

Seperti artis hebat yang lain, Hao telah mengambil masa yang lama untuk mengasah kemahiran menulisnya dengan mula menulis sejak dia berada di darjah empat lagi.

Ketika darjah 4, cikgu bacakan kami novel ‘online’.  Terdapat banyak unsur di dalam itu dan saya sangat terkejut kerana saya tidak pernah lihat gaya penulisan seperti itu sebelum ini!

Hao juga mengatakan yang menulis itu sering menjadi semangatnya, dan topik kegemarannya pula adalah fantasi.  Oleh sebab karangannya sering menjadi yang terbaik, cikgu akan membacakan karangannya di hadapan kelas untuk dijadikan inspirasi.

Selepas ketahui kewujudan novel ‘online’, Hao mula tanya dirinya, “Kenapa tidak mencubanya?” Jadi, dia telah merayu kepada ayahnya untuk membelikan komputer untuk menulis novelnya sendiri.

Saya tunjukkan cerita saya kepada cikgu.  Dia mengatakan yang saya telah lakukan kerja yang baik dan menyuruh saya untuk terus menulis.

Kejayaan Hao yang pertama adalah ketika dia berada di Tingkatan 2.  Dia telah terinspirasi dan menulis cerita hampir 20 ribu patah perkataan.  Cerita Lao telah menerima reaksi positif daripada pembaca, yang telah membuatnya mendapat kontrak dan gaji pertama sebanyak 500 yuan (RM320).

Namun, oleh sebab dia masih di bawah umur, Hao perlu mendapatkan kebenaran ibu bapanya untuk menandatangani kontrak, dimana Hao perlu membuat kemajuan pada novelnya setiap hari. Sudah pasti perjalanan hidup Hao tidak berjalan dengan mudah.

Masa yang paling mencabar adalah semasa di Tingkatan 3.  Dengan peperiksaan yang semakin hampir, disebabkan tuntutan kontrak, saya masih perlu menulis empat ribu patah perkataan setiap hari.

Pada ketika itu, Hao telah mendapat 2 ribu yuan (RM1,280) sebulan.

Oleh sebab masih baru dalam penulisan, pengakhiran cerita Hao sering dianggap “sampah” kerana tidak matang.  Namun, meskipun telah dikritik beberapa kali, dia tetap bertahan dan memperbaiki kemahirannya dari masa ke masa.

Saya memilih untuk mendedikasikan hidup saya dengan menulis novel ‘online’. Kini, cerita saya boleh menyokong saya secara kewangan, ibu bapa saya juga bersara awal dan menikmati hidup mereka di rumah, semua disebabkan saya.

Tahun lepas, Hao telah membeli rumah baru mengunakan pendapatan bulanannya sebanyak 7 ribu yuan (RM4,500) dan berpindah dari rumah sewa lama mereka.  Tahun ini pula, dia merancang ingin membeli kereta dan menyewa lot kedai kecil untuk ibu bapanya mula berniaga.

Kini, pendapatan bulanan Hao telah meningkat kepada 40 ribu yuan (RM25,800), dan Hao telah menghabiskan kira-kira 2 jam untuk menulis 4 hingga 8 ribu patah perkataan setiap hari.  Selain itu, Hao juga telah menyambung pengajiannya di Wuhan Vocational College of Software and Engineering. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *