Lelaki berpangkat Datuk dilaporkan mencabul jururawat ketika buat rawatan

Seorang lelaki Cina yang berpangkat Datuk dan juga merupakan ketua pegawai eksekutif syarikat hartanah dan pelaburan terkemuka di Malaysia dilaporkan bertindak mencabul seorang jururawat ketika membuat rawatan di sebuah hospital swasta.

Memetik laporan Sinar Harian, kejadian tersebut berlaku pada Jumaat lalu kira-kira jam 7.30 malam di sebuah hospital swasta yang terletak di Subang Jaya.

Laporan polis telah dibuat oleh mangsa yang berusia 19 tahun, manakala suspek yang berusia 58 tahun kemudian ditahan kelmarin bagi membantu siasatan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, mangsa mendakwa telah dicabul dengan cara dipegang punggung, payudara dan dicium pipi oleh seorang pesakit.

Kini suspek telah direman selama empat hari bagi membantu siasatan.

Sumber – CARI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *