‘Lelaki Burung’ dikenali kerana cintanya pada burung

HARSUKH Bhai Dobariya dari Gujarat, India begitu dikenali kerana cintanya pada burung.

Disebabkan cintanya pada haiwan itu, Harsukh diberi gelaran ‘Lelaki Burung’.

Dia telah menghabiskan masa selama 17 tahun untuk menjaga burung dan mengubah tanahnya menjadi satu eko-sistem yang selamat buat haiwan peliharaannya.

Semuanya bermula apabila Harsukh mengalami patah kaki pada 2000 dan banyak menghabiskan masa terlantar di katil.

Bila seorang jiran membelikan tumbuhan sekoi daripadanya, timbul idea untuk menggantungkannya di balkoni sehingga menarik perhatian sekor burung kakak tua.

Hari berikutnya, balkoninya didatangi dua burung kakak tua dan bertambah dari sehari ke sehari, sehingga lebih 100 burung termasuk pipit bertandang ke rumahnya setiap hari.

‘Lelaki burung’ itu kemudiannya ‘memindahkan’ kesemua burung itu di tanahnya yang berkeluasan empat hektar di pinggir Junagadh, supaya ia tidak diganggu oleh sesiapa.

“Di rumah lama saya, jiran-jiran akan terganggu dengan kicauan burung-burung tanpa henti,” kata Harsukh kepada The Better India.

Walaupun jirannya tidak pernah mengadu, tetapi dia berpendapat kesemua burung itu memerlukan ruangnya sendiri.

Hari ini, antara 2,500 dan 3,000 burung kakak tua dan burung pipit bertandang ke ladang Harsukh setiap hari. – odditycentral

Sumber – mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *