Lelaki Kahwini Teman Wanitanya Yang Telah Meninggal Dunia

Mencari pasangan hidup adalah satu proses yang agak sukar. Untuk menyakinkan yang kekasih mereka itu adalah teman hidup mereka, sesetengah orang terpaksa bercinta dalam tempoh yang lama.

Namun, ada juga sesetengah orang yang baru sahaja bercinta beberapa bulan, tetapi sudah dapat rasa yang kekasihnya itu adalah pasangan hidupnya yang paling tepat dan terus memasuki fasa seterusnya iaitu perkahwinan.

Itu turut dilakukan oleh pasangan kekasih dari Taiwan. Tsai dan kekasihnya Chen telah bercinta selama lima tahun dan merancang ingin berkahwin selepas Hungry Ghost Festival. Ini kerana mengikut kepercayaan orang China, membuat majlis pertunangan atau perkahwinan sepanjang tempoh perayaan itu berlangsung adalah tidak baik.

Jadi, mereka memulakan dengan membuat persiapan seperti mengambil gambar pra-perkahwinan dan menempah gaun pengantin. Namun, impian Tsai untuk berkahwin dengan kekasihnya yang sedang hamil 5 bulan berkecai apabila bakal isterinya itu meninggal dunia.

Ia bermula apabila lelaki berusia 30 tahun itu berasa hairan apabila kekasihnya tidak pulang ke rumah walaupun waktu bekerja telah tamat. Tsai kemudian memutuskan untuk mengikut laluan Chen dan yang mengejutkan dia telah terlihat motor kekasihnya itu tersadai di tepi jalan.

Selepas sahaja Tsai menemui motosikal itu, dia telah mendapat panggilan telefon yang mengatakan kekasihnya yang berusia 23 tahun itu telah meninggal dunia akibat kecederaan teruk dibahagian kepala kesan dari kemalangan jalan raya.

Pada hari pengkebumian Chen, Tsai telah menghias dewan pengkebumian Chen dengan pelbagai perhiasan bersama sepanduk “We Married”. Tetamu yang datang turut berasa sedih apabila melihat gambar Tsai dan Chen memakai baju perkahwinan memenuhi dewan itu.

Tsai juga telah menyarungkan cincin emas di jari manis Chen sebagai lambang cinta mereka dan meletakkan sejambak bunga di dalam keranda Chen.

“Teman wanita saya harap dapat memulakan keluarga baru bersama saya.  Jadi, saya putuskan untuk memenuhi janji saya untuk berkahwin dengannya meskipun dia telah tiada.  Rancangan awal kami adalah berkahwin setahun selepas majlis pertunangan ini.”

Tsai ternyata sangat terkesan dengan kematian Chen dan dia telah memuat naik gambarnya dengan Chen di Facebook bersama caption, “Isteri, saya menanti kamu untuk muncul dalam mimpi saya.”

Sementara itu, ibu Chen pula berasa bersyukur kerana anak perempuannya telah bertemu dengan leklaki yang benar-benar mencintainya.  Malah, pemilik dewan itu juga tersentuh dengan kesetiaan Tsai dan tidak meminta sebarang bayaran tambahan untuk perhiasan sewaktu Chen ditanam. –utaranews.com

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *