Lelaki Perolehi RM63,988 Sebulan Hanya Dengan Memasak Makanan Cina

Wang Luping, yang berasal daripada wilayah Zhejiang, timur China memperolehi pendapatan sebanyak 100 ribu yuan (RM63, 988.82) sebulan kerana memasak makanan tradisional China di sebuah restoran makanan Cina bernama “Great Wall” miliknya di Morocco.

Menurut China News, restoran Wang menyajikan hidangan makanan daripada Sichuan kepada pelancong-pelancong China yang datang bercuti di Morocco yang hanya mula menerima kedatangan pelancong dari China tanpa visa pada bulan Jun 2016.

Wang mengatakan yang sebelum polisi bebas visa itu diperkenalkan, jumlah pelancong China yang datang bercuti ke Morocco adalah kurang daripada seribu. Namun, kini, Wang menganggarkan yang jumlah pelancong China telah meningkat sebanyak enam kali ganda.

Idea untuk membuka restoran “Great Wall” yang mula beroperasi pada bulan Januari muncul kerana pelancong China berasa sukar untuk menyesuaikan diri dengan makanan tempatan.

Selain menyajikan makanan tradisional China, Wang juga telah menghias restorannya dengan unsur-unsur Cina seperti couplets, lanterns dan kerusi-kerusi kayu China yang lama. Setiap pagi, Wang akan pergi ke pasar tempatan untuk membeli bahan masakan yang segar.

Namun, itu tidak bermakan restoran Wang itu hanya untuk pelancong China kerana menurut Wang, orang di Morocco juga sangat teruja ingin mempelajari Bahasa Cina dan yang lebih menariknya, terdapat juga orang yang akan menanyakan perkara rawak mengenai China. Itu semua telah membuatkan Wang berasa gembira. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *