Lelaki Tendang Muka Isteri Sehingga Gigi Tercabut

Berleter adalah perkara biasa kerana ia telah  dianggap sebagai satu cara komunikasi seorang individu dalam menyuarakan kebimbangan dan keprihatinan mereka. Namun. Tidak semua leteran itu indah didengar terutama sekali apabila leteran itu menjadi percakapan yang berulang-ulang, ia boleh menjadi satu perkara yang menjengkelkan sehingga boleh membuatkan orang yang mendengar berasa marah.

Akan tetapi, seteruk manapun leteran itu, ia masih tidak boleh menjadi alasan untuk seorang individu itu menyakiti orang lain.  Seperti seorang suami dari Jawa Timur yang tergamak menendang muka isterinya sehingga tercabut gigi hadapan hanya kerana berleter.

Menurut Lobak Merah, kejadian itu berlaku di rumah pasangan tersebut sekitar jam 2 pagi selepas suami wanita bernama Nem itu pulang setelah keluar daripada jam 9 malam. Disebabkan suaminya tidak beritahu kemana dia mahu pergi, Nem telah cuba menghubungi suaminya tetapi suaminya tidak membalas mesej, malah mengabaikan panggilan telefon Nem.

Jadi, sebaik sahaja suaminya pulang, Nem terus menghujani suaminya dengan pelbagai soalan. Tidak menyukai soalan isterinya yang tiada kesudahan itu, lelaki itu bertindak memukul isterinya sehingga jatuh dan kemudian menyepak pula muka isterinya sehingga patah dua gigi depan Nem.

Selepas mendengar pergaduhan pasangan itu, jiran mereka telah meminta bantuan dan pihak berkuasa yang tiba tidak lama itu telah menahan suami Nem.  Suaminya mengakui yang dia telah hilang sabar lalu memukul Nem.  Dia malah meluahkan rasa kecewanya kerana Nem hanya memberikan perhatian kepada telefonnya dan bukan dia.

Oleh itu, Nem juga telah meminta maaf kerana tidak menjadi isteri yang baik kepada suaminya dan memberitahu akhbar tempatan,

Saya mahu memarahi suami saya kerana pulang lewat tetapi saya pula yang kena marah.  Saya hanya gunakan telefon untuk melihat Facebook dan Youtube, tiada niat lain.  Saya minta maaf kepada suami saya.  Mungkin, saya bukan isteri yang baik.

Namun, tidak kira apa sekali sebabnya, tiada alasan untuk pukul orang macam itu terutama sekali isteri sendiri.  Dari pukul, jalan yang terbaik adalah berbincang, kerana komunikasi adalah kunci kepada semua masalah dan bukannya keganasan. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *