Letak arak dan buah-buahan dalam peti sejuk sama, restoran masakan Cina dikompaun

Berikutan meletakkan arak serta buah-buahan dalam peti sejuk yang sama, sebuah restoran masakan Cina dan kafe tidak halal dilaporkan dikenakan kompaun oleh penguat kuasa Jabatan Kesihatan dan dihadap ke mahkamah.

Memetik laporan Guang Ming Daily, penguat kuasa Jabatan Kesihatan menyerbu kedua-dua permis itu kelmarin dan mendakwa pemiliknya melanggar peraturan kerana meletakkan arak serta buah-buahan dalam peti sejuk sama.

Selain merampas arak bernilai lebih RM3,000, kedua-dua pemilik turut diarahkan hadir ke mahkamah pada 13 November.

Pemilik restoran bernama Lim yang berusia 57 tahun berkata, restoran itu sudah beroperasi selama 34 tahun dan ini kali pertama premisnya diserbu.

Jelasnya, biarpun dia telah memaparkan papan kenyataan di restorannya bahawa makanan yang dijual di restorannya adalah tidak halal, tetapi tidak faham kenapa masih diambil tindakan.

Tambahnya, pihak berkuasa sepatutnya memberi amaran terlebih dahulu, bukannya terus mendakwa peniaga ke mahkamah.

Sementara itu, Setiausaha MCA Bahagian Kuala Terengganu, Toh Seng Cheg dipetik China Press sebagai berkata, selepas menerima aduan pengusaha, beliau mendapatkan penjelasan Jabatan Kesihatan yang memaklumkan serbuan itu dijalankan mengikut Akta Makanan 1983.

Ketua Biro Aduan MCA Bahagian Kuala Terengganu, Siew Chee Yong berkata, Seksyen 361 Akta Makanan 1983 jelas menyatakan bahawa selain kedai kopi, semua peniaga yang menjual minuman beralkohol, termasuk pasar mini dan kedai runcit, semuanya tidak boleh meletak minuman beralkohol dengan makanan lain dalam sebuah peti sejuk atau rak sama.

Sumber – CARI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *