Mahathir dan PPBM hanya dijadikan alat untuk DAP.

PAS menasihati Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) supaya tidak terjebak dengan permainan politik parti rasis dan cauvinis, DAP.

Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, DAP hanya ingin menjadikan parti yang diterajui oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad itu sebagai kuda tunggangan.

Jelas beliau, PAS mempunyai sejarah dan pengalaman bersama DAP suatu ketika dahulu serta pernah dijadikan alat untuk mencapai hasrat politik mereka.

“DAP sudah berjaya menguasai undi kaum Cina dan kini cuba beralih arah untuk meraih undi Melayu melalui gabungan Pakatan Harapan,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Pada Jun 2015, Muktamar Dewan Ulama PAS sebulat suara meluluskan usul tergempar untuk memutuskan hubungan dengan DAP, apabila parti itu kerap membuat kenyataan bercanggah dengan dasar PAS terutamanya dalam isu hudud dan isu berkaitan Islam.

Atas dasar tahaluf siyasi, PAS bersama PKR dan parti bukan Islam DAP membentuk pakatan rakyat dalam pilihan raya sejak tahun 2008.

Pada hujung April lalu, Dewan Ulama PAS yang turut mengadakan mesyuarat tahunannya meluluskan usul memutuskan kerjasama dengan PKR tanpa bahas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *