Majalah Rolling Stone cari pembeli berikutan prospek masa depan tidak menentu

NEW YORK – Majalah ikonik mengenai dunia muzik dan norma budaya berbeza yang kini berusia 50 tahun, Rolling Stone mencari pembeli berikutan prospek masa depan yang semakin tidak menentu, kata pengasas­nya, Jann Wenner.

Wenner yang mengasaskan Rolling Stone pada tahun 1967 sebagai pelajar hippie di Berkeley, California dan kini menguruskan majalah itu bersama anak lelakinya, Gus, memberi­tahu akhbar New York Times bahawa masa depan penerbitan itu suram.

“Terdapat cita-cita yang kami tidak mampu mencapainya secara bersendirian. Justeru, kami bersikap proaktif dan mahu masalah ini diselesaikan,” kata Wenner dalam satu temu ramah yang disiarkan kelmarin.

Dianggap antara majalah pa­ling berpengaruh dalam dunia muzik rock, Rolling Stone juga menjadi medium kepada penulis radikal seperti wartawan gonzo, Hunter S. Thompson.

Pada tahun lalu, Rolling Stone menjual 49 peratus kepenti­ngannya kepada firma Singapura, BandLab Technologies, yang diterajui Kuok Meng Ru, antara pewaris keluarga terkaya di Asia.

Setakat ini tidak diketahui sama ada Meng Ru mahu mengambil alih pengurusan Rolling Stone.

Keluarga Wenner turut menjual dua majalah miliknya iaitu US Weekly dan Men’s Journal kepada firma American Media Inc. pada awal tahun ini. – AFP

Sumber – kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *