Makam Raja Maya yang Berusia Seribu Tahun Ditemui di Guatemala

Guatemala City – Makam ‘dewa raja’ kuno yang dianggarkan berasal daripada 300 dan 350 Masihi telah ditemui di pekan Waka, Guatemala oleh ahli arkeologi daripada El Peru-Waka US-Guatemala Archaeological Project.

Menurut Dailymail, selain seramik, ahli arkeologi turut menemui topeng jed yang telah menjadi kunci untuk mengenali makam itu, dan ia dianggap kepunyaan keluarga diraja abad itu.

Penemuan itu juga merupakan penemuan makam diraja terawal di wilayah Peten, barat laut Guatemala.  Hasil kajian pada tapak itu sebelum ini telah berjaya menemui enam makam diraja bersama mangsa korban persembahan abad ke-5, ke-6, dan ke-7 Masihi.

El Peru-Waka terletak 65km arah barat tapak Maya Tikal yang terkenal, berhampiran dengan sungai San Pedro Martir di Laguna del Tigre National Park.  Pada zaman purba, raja telah memerintahkan laluan perdagangan utama berjalan dari utara ke selatan dan timur ke barat.

Selain itu, penemuan itu pertama kali disebut dalam simposium Guatemalan oleh Menteri Kebudayaan.  Berdasarkan perkiraan dari teks sejarah di tapak tersebut, salah satu dinasti Maya terawal dikenali sebagai Wak dianggarkan telah dibina pada abad ke-2 Masihi.

Makan itu telah dikenalpasti sebagai orang dewasa, namun tidak disertai dengan sebarang artifak bertulis.  Makan itu dianggarkan milik Raja Te ‘Chan Ahk, yang merupakan raja Wak yang memerintah pada awal abad ke-4 Masihi.

Pengalian makam itu telah dimulakan sejak tahun 2003 lagi dengan kerjasama dengan ahli arkeologi Guatemala dan arkeologi luar.  Pada awalnya, penggalian itu dilakukan melalui terowong di dalam istana Acropolis dan menuju ke makam baru. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *