Mana, Kanak-Kanak Comel Dari Jepun Yang Paling Popular Di Media Sosial

Jika Malaysia ada Aaisyah Dhia Rana, Lara Alana, Yusuf Iskandar, Arrian Shah Akid (sekadar menyebut beberapa nama), Jepun pula ada Mana.

Bayi lelaki berasal dari negara matahari terbit ini telah mencuri perhatian pengguna media sosial seglobal, sejak beberapa hari lalu.

Gambar-gambarnya yang dimuat naik di laman Instagram yang mengunakan nama @m.k_pei menjadi tular dan trending seluruh dunia. Sekaligus dia dianggap sebagai kanak-kanak paling comel di dunia yang viral di Instagram.

..

Rata-rata pengikut media sosial memuji kecomelan Mana. Apatahlagi, dia seolah-olah tidak kekok bergaya dan memberikan senyuman di depan kamera.

Selain daripada memilik mata yang cantik, hidung ‘ala butang’ Mana dikatakan antara yang menjadi tarikan dan menyerlahkan lagi kecomelannya.

..

Dengan hanya satu senyuman, Mana berjaya memikat hati ramai pengguna media sosial.

Ada juga kalangan netizen menyamakan kecomelan Mana dengan Mason Moon iaitu anak kepada pelakon kacukan Korean.

Mason (kiri). Mana (kanan)Mason (kiri). Mana (kanan)

Ramai juga tertanya-tanya, jika Mana sangat comel, banyangkan pula bagaimana wajah kedua ibubapanya?

..

Satu yang pasti, ibu bapa kanak-kanak ini pandai menggayakan dan membetuk imej Mana dari segi pemakaiannya walaupun dia masih kecil.

Walaupun masih kanak-kanak tetapi Mana mempunyai pengikut seramai 270 ribu pengikut dan rata-ratanya mereka adalah orang dewasa.

..

..

.

 

sumber : malaysiandigest

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *