Masjid di Sweden Musnah Terbakar

Stockholm – Pihak berkuasa Sweden telah menahan seorang lelaki yang disyaki telah melakukan serangan membakar masjid sehingga menyebabkan sebahagian bangunan masjid yang terletak di bandar Orebro itu musnah dijilat api.

Menurut ketua polis Orebro, “Buat masa ini, kami tidak melihat sebarang motif politik atau agama terhadap kejadian jenayah ini dan kami menolak semua jenis spekulasi.”

Selain itu, ketua polis itu juga enggan memberikan maklumat lanjut mengenai suspek yang ditahan, dengan hanya mengatakan yang suspek lahir pada tahun 1997 dan menegaskan yang polis “tidak memasukkan apa-apa” dalam siasatan kejadian itu.

Gambar yang menunjukkan sebahagaian besar bangunan masjid Sunni musnah tebakar akibat serangan pada hari Selasa lepas itu telah menjadi tular di Facebook. Masjid yang boleh menampung seramai 250 orang itu akan dikunjungi oleh beribu-ribu pelawat setiap bulan.

Ketua masjid, Jamal Lamhamdi memberitahu akhbar tempatan,

“Ia adalah hari yang sedih kepada orang Muslim di Orebro dan Sweden.  Ia langsung tidak baik untuk bangun ke masjid yang telah musnah.”

Selain itu, beberapa masjid lain di Sweden juga telah menjadi sasaran serangan individu tidak berperikemanusiaan yang ingin membakar atau melakukan vandalism kepada masjid sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Tetapi beberapa pelaku itu telah berjaya di tangkap dan tiada sebarang kecederaan dilaporkan berlaku berikutan serangan itu.

Sementara itu, pada April lepas, masjid terbesar di Sweden yang terletak di utara Stockholm telah musnah akibat serangan pembakaran masjid yang telah dilakukan oleh individu yang tidak bertanggungjawab.–utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *