Mat Sabu ramal Gejala Rasuah makin teruk jika PH perintah negara.

Apabila Pakatan Harapan mendakwa mereka akan membebaskan negara ini dari amalan rasuah jika mereka berkuasa, ia dilihat sebagai satu janji atau kenyataan yang sangat melucukan. Tambahan pula ketika ini ramai pemimpin Pakatan sendiri terlibat dengan rasuah didalam negara.

Jika kita imbas kembali sebelum ini, pemimpin-pemimpin Pakatan yang memerintah di Pulau Pinang dan Selangor, banyak terlibat dengan skandal rasuah serta penyelewengan. Begitu juga dengan dakwaan salahguna kuasa.

Ketua Menteri Pulau Pinang misalnya, kini sedang disiasat akibat dakwaan rasuah dan juga penyelewengan berkaitan pembelian sebuah banglo ‘terlajak murah’ serta urusan jual beli tanah milik kerajaan negeri.

Manakala Exco kerajaan negeri Pulau Pinang pula dikaitkan dengan penyalahgunaan kuasa didalam kewujudan kilang haram yang beroperasi lebih dari 9 tahun di negeri berkenaan. Isu kilang haram terbabit menjadi kontroversi kerana ia didedahkan oleh pemimpin Pakatan sendiri.

Begitu juga dengan banyak skandal rasuah dan salahlaku yang berlaku di negeri Selangor membabitkan pemimpin-pemimpin Pakatan. Ini semua menunjukkan bahawa Pakatan Harapan tidak mampu untuk merealisasikan janji mereka untuk ‘bersih’ dari rasuah.

Jika didalam Pakatan sendiri penuh dengan rasuah serta salahguna kuasa walaupun hanya mentadbir dua negeri, sangat mustahil untuk mereka membebaskan negara daripada gejala berkenaan. Itulah yang cuba disampaikan oleh Mat Sabu didalam kenyataannya hari ini.

Presiden Amanah, Mat Sabu atau nama sebenarnya Mohamad Sabu, berkata beliau tidak yakin kerajaan pusat pimpinan gabungan pembangkang itu akan sifar rasuah.

“Saya tidak cakap apabila kami ambil alih (kerajaan pusat nanti), Pakatan Harapan akan sifar rasuah. Tidak, saya tidak pasti, mungkin (keadaannya) lebih teruk,” katanya pada forum anjuran Hindraf malam ini.

Katanya, beliau akan bekerjasama dengan sesiapa saja yang mempunyai matlamat sama untuk menjatuhkan Barisan Nasional pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14), termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad yang pernah menahannya sebanyak 2 kali di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Beliau berkata, rakyat mempunyai mandat untuk menukar kerajaan pada PRU, jika parti pemerintah melakukan kesalahan.

“Apabila kerajaan ini ditukar, kerajaan baharu jika melakukan kesalahan, (ia) mudah ditukar selepas itu dan proses itu akan berterusan.”

“Mana-mana negara di dunia ini, termasuk di India, Pakistan dan Indonesia. Hendak tukar kerajaan pertama tu cukup susah, tetapi apabila nak tukar (kerajaan) yang ke-2, ke-3 dan ke-4 besok senang.

“Sebab itu kita kena bergabung tenaga. Tidak kira kumpulan itu besar atau kecil, kita mesti bersatu..” tegas beliau. – Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *