Mayat lelaki yang sudah mereput ditemui terapung di jeti Pangkalan Marin

MAYAT lelaki yang sudah mereput ditemui terapung di jeti Pangkalan Marin, Jalan Shahbandar, Batu Pahat kira-kira 10 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa berkata, mangsa dikenali sebagai Ang Song Chiew, 38, dilaporkan hilang oleh ahli keluarganya pada Selasa lalu.

Katanya, pada 10 pagi hari yang sama laporan kehilangan terbabit, kenderaan pacuan empat roda mangsa ditemui di Medan Selera Benteng, Perserai di sini.

“Mayat dijumpai tersangkut di jati berkenaan dan dalam keadaan proses pereputan. Si mati berseluar panjang bewarna gelap, berbaju T, bertali pinggang serta terdapat beg.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat bagi mengetahui punca kematian dan tiada sebarang unsur jenayah dikesan berlaku terhadap si mati.

“Dipercayai si mati tergelincir semasa berada di tepi sungai kawasan berkenaan dan mayat diserahkan kepada keluarga terdekat,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sumber – hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *