Mengambil Pemanis Tiruan Setiap Hari Boleh Membahayakan Kesihatan

Tidak semua pemanis tiruan yang dihasilkan mempunyai kebaikan yang sama seperti gula yang sebenar.  Kandungan aspartame yang terdapat di dalam pemanis tiruan mempunyai kesan negatif yang boleh membahayakan kesihatan.

Menurut pakar, pemanis yang mengandungi aspartame tidak sepatutnya dicampurkan ke dalam minuman yang panas kerana kimia yang terdapat dalam pemanis itu boleh membahayakan kesihatan terutama sekali metabolism.

Tetapi sayangnya, ramai orang lebih gemar mengunakan pemanis tiruan sebagai pengganti gula ke dalam kopi atau teh panas mereka.  Menurut Livestrong, terdapat 5 kesan negatif yang boleh dirasakan jika mengambil gula tiruan secara berlebihan. Antaranya adalah:

  1. Gangguan Metabolisme

Individu yang kerap mengambil aspartame mudah untuk mengalami kelainan metabolism yang menyebabkan badan tidak mempunyai kebolehan untuk memecahkan asid amino phenylalanine dengan betul.

  1. Berat Badan Menaik

Pemanis tiruan juga boleh menyebabkan obesiti.  Hasil kajian yang dilakukan oleh penyelidik daripada Yale Qing University terhadap gula pengganti dan kesannya terhadap selera makan dan berat badan menunjukkan selera makan individu yang kerap mengambil pemanis tiruan akan meningkat dan itu juga punca mengapa orang mengidam macam-macam jenis makanan.

  1. Sakit Kepala

Individu yang gemar memakan makanan manis pasti sering mengalami sakit kepala.  Itu mungkin tidak akan berlaku, jika mereka menghadkan pengambilan gula tiruan, dengan mengambil satu untuk sehari tetapi, bukan setiap hari kerana ia tidak elok untuk kesihatan.

  1. Tidak Bertenaga

Untuk menjalani hari-hari yang mencabar di dalam kehidupan setiap individu  itu perlu sentiasa bertenaga.  Tetapi untuk mengekalkan and memastikan metabolism di dalam badan setiap individu itu sentiasa terjaga, mereka perlu menghadkan pengambilan pemanis tiruan.  Menurut kajian, individu yang sering mengambil pemanis tiruan setiap hari, badan mereka cenderung untuk berasa kurang bertenaga dan akan berasa penat selepas menjalani aktiviti harian.

  1. Gangguan Insulin

Pengambilan gula yang berlebihan juga boleh menyebabkan fungsi pancreas terganggu, dan jika dibiarkan ia boleh menyebabkan berlakunya diabetes yang akan mengakibatkan berlakunya penyakit kronik yang lain.

-utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *