Mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan PBB

NEW YORK: Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) akan mengadakan mesyuarat tergempar, hari ini untuk membincangkan pelancaran peluru berpandu terbaharu Korea Utara merentasi Jepun.

Difahamkan, mesyuarat tertutup itu diadakan atas permohonan Amerika Syarikat dan Jepun yang dijadualkan berlangsung pada jam 3.00 petang waktu tempatan.

Pelancaran peluru berpandu terbaharu Pyongyang, awal pagi tadi berlaku selepas UNSC mengenakan lapan sekatan baharu ke atas Korea Utara untuk membendung program senjata nuklear dan peluru berpandunya.

Tentera Korea Selatan berkata, peluru berpandu itu mencapai altitud kira-kira 770 kilometer dan merekodkan jarak kira-kira 3,700 kilometer.

Ia terbang merentasi Pulau Hokkaido di Jepun sebelum jatuh di Lautan Pasifik, selepas dilancarkan sebelum jam 7.00 pagi tadi waktu tempatan, kata pihak berkuasa. – AFP

Sumber – bharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *