Muharam Adalah Bulan Istimewa Bagi Orang Islam, Yahudi dan Qurayish Jahiliyah

Masuk sahaja bulan Muharam 1438 Hijrah di dalam kalender Islam, bermaksud telah masuknya bulan yang penuh bermanfaat kepada semua Muslim di seluruh dunia. Ini kerana bulan Muharam adalah bulan yang tersangat istimewa sehingga disebut sebagai bulan Allah, “Syahrullah”.

Firman Allah SWT,

“Sesungguhnya bilangan bulan disisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya ada empat bulan haram.  Itulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kami di empat bulan itu. (QS At Taubah: 36)

Penerangan jelas mengenai ayat At Taubah itu terkandung di dalam hadis yang diriwayatkan dari Abu Bakrah radhiallahu’anhu, sabda Rasulullah SAW,

“Setahun terdiri dari dua belas bulan. Diantaranya ada empat bulan haram, tiga berurutan, yaitu: Dzul-Qa’adah, Dzul-Hijjah dan Al-Muharram, serta RajabMudhar yang terletak diantara Jumada dan Sya’ban. (HR. Al-Bukhari: 3197 dan Muslim: 1679/4383)

Bulan Muharam bukan sahaja istimewa kepada orang Islam tetapi istimewa kepada orang Yahudi juga. Sebelum kehadiran zaman Rasulullah SAW, golongan Yahudi telah menamakan bulan ini sebagai bulan Asyura’ iaitu hari kemenangan Musa bersama Bani Israil dari penjajahan Fir’aun dan bala tenteranya.

Dari Ibnu Abbas radhiallahu’anhuma, beliau menceritakan,

Ketika Nabi Muhammad SAW tiba di Madinah, beliau melihat orang-orang Yahudi berpuasa di hari Asyura’. Beliau bertanya, ‘Hari apa ini?’ Mereka menjawab, ‘Hari yang baik, hari di mana Allah menyelamatkan Bani Israil dari musuhnya, sehingga Musa juga berpuasa pada hari ini sebagai bentuk syukur kepada Allah’. Akhirnya Nabi SAW bersabda, “Kami (kaum Muslim) lebih layak menghormati Musa daripada kalian. Lalu, Nabi SAW berpuasa dan memerintahkan para sahabat untuk puasa. (HR. Al Bukhari)

Selain kaum Yahudi, orang-orang Arab Qurayish Jahiliyah juga menganggap bulan Muharam sebagai bulan yang istimewa.  Malah puasa Asyura’ adalah puasa yang telah diketahui oleh orang-orang Quraisy sebelum kedatangan Rasulullah SAW lagi. Mereka juga telah berpuasa pada hari tersebut.

Aisyah radhiallahu’anha berkata,

Dulu hari ‘Asyura, orang-orang Quraisy mempuasainya di zaman Jahiliyah. Rasulullah SAW juga berpuasa.  Ketika beliau pindah ke Madinah, beliau berpuasa dan menyuruh orang-orang untuk berpuasa. Ketika diwajibkan puasa Ramadhan, beliau meninggalkan puasa Asyura’. Barang siapa yang ingin, maka silakan berpuasa. Barang siapa yang tidak ingin, maka sila tinggalkan. (HR. Al Bukhari: 2002.)

Namun, menurut pelbagai sumber, bagi memisahkan Yahudi dengan Qurayish, Rasulullah SAW telah menjadikan puasa di bulan Muharam sebagai Sunnah.  Ketetapan itu dibuat selepas kedatangan bulan Ramadhan yang mewajib untuk umat Islam berpuasa. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *