Nedim Nazri Bengang Netizen Pertikai Gambar Ghairah Nora Danish

Baru-baru ini pelakon Nora Danish telah meluangkan masa bersama suami tercinta.

Foto percutian Nora sememangnya akan mencuri tumpuan.

Umum mengetahui, pelakon kecil molek ini sejak dulu lagi kerap bercuti bersama anak-anak dan suaminya, Nedim Nazri.

Tapi percutian kali ini berbeza oleh kerana percutian baru-baru ini adalah ‘romantic getaway’ antara dia dan suami tercinta.

Percutian romantik itu mungkin untuk meluangkan masa bersama lebih-lebih lagi masing-masing sibuk dengan kerja.

Namun, foto bercuti yang dimuat naik Nora di Instagramnya kali ini membuat netizen lebih fokus pada penampilan Nora yang dianggap terlebih seksi daripada keindahan kapal layar mewah itu.

Kemesraan mereka berdua jelas terserlah menerusi gambar-gambar yang telah dikongsikan oleh Nora di akaun Instagramnya.

Dalam pada itu, Nora duduk di tepian kapal yang sedang berlayar di Pulau Langkawi yang memang terkenal keindahannya dikecam kerana dianggap seksi.

Selain penampilan Nora dianggap seksi, pose Nora di foto itu berdamping bersama suaminya yang nampak ghairah juga dikecam.

Walaupun ruangan komen telah ditutup namun ada yang mengambil kesempatan melemparkan kata-kata di ruangan komen di facebook yang menjadi viral di media sosial.

Turut menjadi bualan apabila mengungkit kata-kata Nedim yang ingin membahagiakan isterinya malah turut berjanji akan membimbing pelakon jelita itu ke syurga dengan keizinan Yang Maha Esa.

 

Jom lihat gambar-gambar ‘romantic getaway’ Nora dan suami :

 

sumber : mediahiburan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *