Orang kanan Mahathir serang Pengurusan Pusat Tahfiz.

Sudah menjadi lumrah di negara ini, akan muncul ramai pakar-pakar untuk mengulas tanpa fakta yang kukuh apabila berlaku sesuatu malapetaka. Daripada rakyat biasa, hinggalah kepada orang-orang politik yang cuba membuat kenyataan yang boleh disifatkan sebagai sampah semata-mata.

Tragedi kebakaran awal pagi semalam yang meragut 24 nyawa kebanyakannya pelajar di sekolah Tahfiz yang terletak di sebuah bangunan 3 tingkat di ibu negara, mengundang simpati daripada seluruh rakyat.

Disaat ramai yang menghulurkan takziah dan juga sumbangan, penyokong kuat Pengerusi Pakatan Harapan pula memilih untuk memberikan ‘kecaman’ terhadap kerajaan berhubung dengan tragedi memilukan tersebut.

Bekas menteri penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin mempersoalkan sikap kerajaan yang cuba melepaskan pihak pengurusan Darul Quran Iftifaqiyyah walaupun disahkan pusat tahfiz itu beroperasi tanpa kebenaran pihak berkuasa.

“Ada beranggapan pandangan golongan agama ini sentiasa betul dan disebabkan itu mereka kelihatan kebal. Mereka sedar pihak berkuasa tidak berani mengambil tindakan terhadap mereka,” kata Zainuddin.

Rakan baik Mahathir itu juga berkata, tindakan tegas perlu diambil terhadap pengetua pusat tahfiz itu dan mana-mana lagi sekolah tahfiz tidak berdaftar walaupun mereka dilihat sebagai “orang agama”.

Menurutnya, keengganan mengambil tindakan mungkin disebabkan motif politik.

“Apabila tindakan diambil, ia akan menimbulkan kerugian dari aspek tertentu seperti politik, kerana seolah-olah bertindak terhadap mereka yang mempunyai pengaruh agama,” katanya.

Zainuddin mempersoalkan sama ada sekolah tahfiz itu mendapat pengecualian.

“Sekolah tahfiz ini seolah-olah mendapat keistimewaan untuk menjalankan kelas. Apabila perkara ini dibiarkan tanpa tindakan tegas diambil, maka inilah akibatnya.

“Jika tindakan tegas diambil, pihak yang bercita-cita untuk mulakan kegiatan sekolah tahfiz tidak berdaftar ini tidak akan berani mulakan operasi dan mengaut keuntungan,” katanya kepada sebuah portal.

Siasatan awal polis dan bomba turut menunjukkan pelajar terperangkap ketika api merebak disebabkan hanya satu laluan keluar. Polis juga tidak menolak kemungkinan kejadian itu disebabkan sabotaj.

Semalam, pengetua sekolah berkenaan, Muhammad Zahid Mahmod menyifatkan kematian pelajarnya itu sebagai mati syahid.

“Mereka sanggup tinggalkan ibu bapa, tinggalkan masakan air tangan bonda, adik beradik dan masa bermain tinggal di sini semata-mata untuk belajar agama. Mereka ini, insyaAllah, mati syahid,” ujar Pengetua itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *