Orang muda tak akan pilih kerajaan yang hanya ‘cakap sedap’ sahaja tetapi tak dapat bawa kestabilan – Annuar

KUALA LUMPUR: UMNO menaruh keyakinan orang muda yang berjumlah kira-kira 52 peratus daripada pemilih akan terus mengundi kerajaan yang baik dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) akan datang.

Walaupun kritis menegur dan seolah-olah antipihak berkuasa, Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa, berkata mereka tetap mahukan kerajaan yang dapat mewujudkan kestabilan dan keamanan kerana hal itu membabitkan kepentingan mereka pada masa depan.

“Orang muda sebenarnya sentiasa dengan kerajaan (Barisan Nasional) tetapi kita yang tidak perasan. Ada seorang dua yang ‘babat’ yang ‘kucar sana, kucar sini’ dan nampak hebat dalam pembangkang. Orang muda ini bestari umpama ‘jauhari yang mengenal manikam’.

“Apabila sampai masa mengundi nanti, sebenarnya orang muda ini bertanggungjawab. Mereka berpelajaran, berpendirian dan berpendidikan. Mungkin bersikap ‘ganas’ sikit dan kritis menegur serta menunjukkan sikap ‘anti-estalishment’.

“Tetapi, tidak bermakna mereka tidak bertanggungjawab. Mereka sebenarnya tahu (kerajaan) mana yang elok dan tidak. Saya percaya mereka akan pilih kerajaan yang baik, bukan yang kucar diketuai DAP.

“Mereka tidak akan pilih kerajaan yang hanya ‘cakap sedap’ sahaja tetapi tidak dapat (membawa) kestabilan,” katanya dalam Program BICARA BH: PRU14: Antara Mimpi & Realiti di Balai Berita, Bangsar hari ini.

 

Sumber – Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *