Pantang Larangan dan Mitos Gunung Agung, Bali

Gunung Agung kini telah menjadi tarikan netizen Indonesia dan juga pelancong di seluruh dunia terutama sekali pendaki. Ini kerana gunung yang terletak di Pulau Dewata itu telah mempengaruhi aktiviti perlancongan di pulau itu.

Status Gunung Agung telah dinaikan menjadi bahaya tahap empat di dalam laman web rasmi Kementerian Tenaga dan Alam Semula Jadi Indonesia kerana gunung itu mempunyai rekod 74 kali gempa bumi gunung berapi cetek, 86 kali gempa bumi gunung berapi dalam dan 5 kali gempa bumi tektonik tempatan.

Namun, sebelum menjadi gunung yang berbahaya, Gunung Agung menyimpan beberapa mitos mistik yang tidak boleh diambil mudah oleh pendaki atau pelawat gunung itu. Mitos itu dipercayai boleh menyelamatkan nyawa penggunjung gunung itu jika mereka patuhi segala peraturan yang telah ditetapkan.

Salah satu mitos terbesar yang ada di Gunung Agung itu adalah tempat tinggal dewa. Gunung Agung yang terletak di kawasan Karangasem, Bali itu dipercayai oleh penduduk tempatan sebagai replika Gunung Semeru yang telah dibelah oleh Dewa Pasupati, yang merupakan ketua haiwan dan raksasa dalam agama hindu.

Oleh itu, pendaki tidak dibenarkan untuk membawa daging atau segala jenis makanan yang mengandungi daging terutama sekali daging lembu kerana bagi orang Hindu, lembu itu adalah haiwan yang mulia dan suci.

Jika ingin membawa makanan, pengunjung perlul membawa makanan dalam angka genap. Selain itu peraturan penting lain yang perlu dipatuhi adalah perlu meminta izin terlebih dahulu sebelum pergi ke sesuatu tempat, dilarang memakai baju berwarna hijau dan merah, serta pendaki wanita yang sedang datang bulan dilarang untuk mendaki gunung itu.

Di dalam Gunung Agung juga terdapat satu mata air yang masyarakat tempatan anggap sebagai suci jadi pendaki atau pengunjung gunung itu dilarang untuk mengambil air itu, dan jika ingin mengambil atau meminum air itu juga, mereka perlu sembahyang dahulu.

Akhir sekali, jika ingin mendaki gunung itu, sebaiknya ditemani oleh pemandu tempatan kerana jika terjadi sesuatu seperti kematian, masyarakat disitu perlu melakukan Upacara Wana Kertih atau upacara penyucian gunung. Ini kerana, masyarakat percaya yang gunung itu meletus disebabkan oleh perbuatan manusia yang telah mengotori gunung itu. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *