Patty Jenkins Pengarah Wonder Woman 2 Termahal di Hollywood

Los Angeles – Patty Jenkins telah menjadi pengarah perempuan yang menerima bayaran paling tinggi di dalam sejarah Hollywood selepas dia menandatangani kontrak untuk menghasilkan sekuel Wonder Woman.

Pengarah filem Amerika yang berusia 46 tahun itu akan mendapat USD8 juta untuk mengarah, menghasilkan serta menulis skrip filem superhero terkenal itu. Dia juga akan kembali bekerja bersama Gal Gadot yang telah bersetuju untuk melakonkan semula watak Wonder Woman.

Wonder Woman 2 merupakan franchise daripada Extended Universe DC di Warner Bros dan telah ditetapkan untuk keluar dipawagam pada bulan Desember 2019. Filem Wonder Woman pertama yang telah ditayangkan pada musim panas tahun ini telah mendapat keuntungan sebanyak USD409 juta di dalam negara dan USD813 juta di seluruh dunia.

Bulan lepas, Jenkins telah membidas pengarah Titanic, James Cameron yang mengambarkan Wonder Woman di dalam satu temu bual sebagai “ikon objektif” dan filem itu sebagai “ketinggalan zaman”. Menerusi Twitter-nya Jenkins menulis,

James Cameron tidak mampu untuk memahami apa itu Wonder Woman, atau rumusannya terhadap wanita di seluruh dunia tidak mengejutkan, kerana dia adalah pembuat filem yang hebat, dia bukan wanita.

Tiada wanita yang betul atau salah.  Penonton wanita yang membuatkan filem itu menjadi hit pasti boleh memilih dan menilai ikon mereka sendiri.

Selain itu, filem Wonder Woman masih belum berhenti mencipta rekod di pawagam sejak keluar pada bulan Julai 2017 lalu.  Yang terbaru, filem itu telah dinobatkan sebagai filem superhero yang mendapat keuntungan kasar paling tinggi di dunia.

Dan, Wonder Woman juga dipercayai bakal menjadi pesaing terdekat Deadpool kerana kedua-dua filem itu sedang di dalam proses menyiapkan sekuel kedua mereka. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *