Pegawai polis wanita meninggal dunia terlibat kemalangan

DUA maut termasuk pegawai polis wanita selepas kereta Proton Satria dinaiki mereka terbabas dalam kemalangan di Jalan Tengku Mizan dekat jejantas Bukit Tunggal, Kuala Nerus, 3.15 pagi, hari ini.

Dalam kejadian itu, mangsa, Inspektor Junaidah Zainal, 32, disahkan meninggal dunia selepas hampir 14 jam bertarung nyawa di Wad Kecemasan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) kira-kira jam 4.20 petang tadi.

Rakannya yang juga pemandu,Mohd Lokman Ridzwan, 29, disahkan meninggal dunia di wad sama pada jam 9.32 pagi ketika mendapatkan rawatan akibat parah di kepala.

Difahamkan, Junaidah yang bertugas di Polis Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Dungun mengalami pendarahan dalam kepala namun punca kematiannya masih belum diketahui.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Idris Abd Rafar berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta dinaiki mangsa yang datang dari arah Batu Enam menghala ke Jambatan Sultan Mahmud dikatakan terbabas.

Beliau berkata, dua mangsa yang parah dibawa ke HSNZ untuk rawatan sebelum pemandu disahkan meninggal dunia pada jam 9.32 pagi.

“Pegawai polis wanita pula dilaporkan meninggal dunia pada jam jam 4.20 petang tadi.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan dengan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Difahamkan, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu menguruskan jenazah pegawai terbabit sebelum dihantar pulang ke kampung halamannya di Teluk Intan, Perak.

Sumber – hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *