Peguam Negara harus berani buat keputusan terhadap Guan Eng.

Ketua Menteri Pulau Pinang dikecam hebat kerana memperlihatkan sikap yang tidak bertanggungjawab apabila secara sengaja, menganggu urusan penjawat awam didalam kes penahanan salah seorang ahli exco negeri itu baru-baru ini.

Guan Eng secara melulu menuduh bahawa pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan penahanan haram terhadap exco terbabit.

Akibat dari tuduhan berkenaan, Guan Eng kemudiannya didesak memohon maaf kepada SPRM kerana mempertikaikan integriti suruhanjaya berkenaan. Namun dengan angkuhnya, Guan Eng enggan membuat sebarang permohonan maaf, mahupun mengeluarkan sebarang kenyataan.

Tindakan pemimpin DAP ini bolehlah dianggap sebagai mencabar kuasa yang ada pada SPRM dan juga menunjukkan betapa sombongnya beliau terhadap penjawat awam di seluruh negara. Tindakan berkenaan juga dilihat sebagai perbuatan membuli kakitangan kerajaan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad menjelaskan perkara itu telah pun dirujuk ke pejabat Peguam Negara dan masih menanti maklum balas daripada pejabat berkenaan.

“Tunggulah, kita sudah beritahu bahawa kepimpinan tertinggi SPRM akan meneruskan tindakan kita dan kita rujuk perkara tersebut kepada Peguam Negara.

“Tindakan seterusnya akan kita beritahu kemudian,” katanya.

Dzulkifli berkata demikian selepas merasmikan kerjasama antara SPRM dan Prasarana menampal mesej anti rasuah di bahagian luar dan dalam tren transit aliran ringan (LRT) laluan Kelana Jaya.

SPRM awal bulan ini memutuskan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Guan Eng setelah tempoh 24 jam diberikan kepada beliau untuk menarik balik kenyataan itu dan memohon maaf, namun tiada tindakan sedemikian dibuat.

Guan Eng sebelum ini berkata, penahanan ahli exco, Phee Boon Poh berhubung kilang haram di Bukit Mertajam adalah “penahanan haram”.

Pada 13 Ogos lalu, SPRM menyerbu dua buah rumah dan juga pejabat anggota exco kerajaan negeri Pulau Pinang yang ditahan bagi membantu siasatan. – Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *