Wanita Maut Ditembak Suami Sendiri

Kes pembunuhan Indria Kameswari telah menarik perhatian banyak pihak.  Kini, suspek, Abdul Malik Azis yang melarikan diri ke Batam telah berjaya ditahan oleh pasukan kerjasama BNN dan polis Tanjung Butang, Batam sekitar jam 11.30 malam.

Motif pembunuhan itu disyaki berpunca daripada masalah keluarga kerana suspek dan isterinya yang bekerja di National Narcotics Agency (BNN) Lido, Bogor dikatakan sering bertengkar.

Kakak tertuduh, Siti Nuraeni telah membongkar beberapa rahsia rumah tangga adiknya, termasuklah selama lima tahun berkahwin, pasangaan itu sering bergaduh kerana hal kewangan.  Indria dikatakan sering meminta duit, rumah dan kereta mewah daripada suaminya.

Indria juga dikatakan telah berkahwin sebanyak lima kali tetapi perkahwinannya yang kelima bersama Abdul Malik juga tidak berakhir dengan baik.  Abang suspek mengatakan yang adiknya, Abdul Malik pernah dipukul oleh Indria sebelum terpaksa membuat tindakan nekad, membunuh Indria pada hari raya Aidliadha yang lepas.

Adik saya duda, dan Indria pula sudah empat kali janda.  Jadi, adik saya adalah suami ke lima Indria.  Adik saya bekerja sendiri, di rumah, sebagai kontraktor.

Selain itu, Siti juga telah memainkan video rakaman berdurasi 26 saat pergaduhan Indria dengan suaminya.  Wanita di dalam video itu ternyata kecewa kerana tidak dapat kereta, dan bercakap dengan kasar kerana dia beberapa kali mencarut dan merendah-rendahkan lelaki dalam video itu.

Indria Kameswari telah meninggal dunia di rumah sewanya yang terletak di kawasan perumahan River Valley, Blok B2 No.31, Dusun Palasari, daerah Cijeruk, Bogor. Mangsa meninggal kerana telah ditembak di bahagian punggung. Pihak polis masih menyiasat isu pemilikan senjata kerana suspek tidak mahu bekerjasama dan telah menyembunyikan pistol itu. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *